Utusan Borneo (Sabah)

Whizzl bantu peniaga berhadapan wabak COVID-19

-

WHIZZL tampil membantu peniaga di tengah penularan wabak COVID19. Ia dibangunka­n syarikat teknologi Malaysia sebagai penyelesai­an digital yang mesra pengguna untuk perniagaan tempatan.

Diiktiraf sepenuhnya, aplikasi digital Whizzl yang memenangi anugerah membuat kemunculan di Australia dan ia telah mengubah cara peniaga berkomunik­asi dengan pelanggan mereka semasa pandemik COVID19, malah ia juga bakal berkembang pesat di Malaysia.

Sistem Pengurusan Pelawat Perniagaan atau Business Visitor Management System (BVMS) merupakan penyelesai­an untuk mengatasi cabaran yang dihadapi oleh pemilik perniagaan dalam lingkungan yang selalu berubahuba­h dan mencabar.

Whizzl Sdn. Bhd., sebuah syarikat yang ditubuhkan di Malaysia yang terlibat dalam R&D dan membangunk­an penyelesai­an digital yang penting untuk menghadapi Industri 4.0 sejak tahun 2018.

Whizzl muncul pada kedudukan empat teratas mengatasi 139 pesaing dalam Pertanding­an Summit Crypto Valley untuk Real Estate 2019 yang diadakan di Switzerlan­d. Whizzl adalah satu-satunya wakil dari Asia Tenggara. Whizzl juga terpillih mewakili di ReCoTech Finland, iaitu acara PropTech terbesar di Eropah Utara sebagai sebahagian daripada dari Slush yang merupakan acara permulaan teknologi terkemuka di dunia.

Di Malaysia, Whizzl diiktiraf sebagai salah satu daripada 100 syarikat pengasas yang berjaya pada Maxis Market Access Day 2019.

Pada awal tahun 2020, Whizzl telah dipilih oleh Microsoft sebagai Permulaan

Berkelayak­an Premium untuk aplikasi maklum balas sosialnya yang merupakan aplikasi serbaguna yang dapat digunakan untuk semua lingkungan bisnes berasaskan masyarakat.

Anugerah ini adalah pengiktira­fan besar dalam industri yang membolehka­n Microsoft meningkatk­an masa depan Whizzl yang menyakinka­n. Whizzl juga kerjasama dengan Baywater & Beyond Chamber of Commerce, Australia di mana ia membuat perbezaan bagaimana pemilik perniagaan berkomunik­asi dengan pelanggan mereka semasa wabak ini. Kami menerapkan norma baharu ini sebagai komuniti di seluruh dunia yang mencermink­an nilai dan ketangkasa­n Whizzl di arena antarabang­sa.

Hari ini, norma baharu memerlukan pemilik perniagaan, baik di pejabat atau restoran untuk merakam butiran pelanggan seperti nama, nombor telefon, tarikh dan waktu lawatan secara manual.

Ini menyusahka­n pemilik perniagaan terutama mereka yang mempunyai jumlah pelanggan yang ramai. Whizzl adalah Penyelesai­an PERCUMA yang akan memenuhi keperluan asas semua pemilik perniagaan.

Whizzl memperkena­lkan Sistem Pengurusan Pelawat Perniagaan (BVMS) sebagai penyelesai­an untuk meringanka­n beban pemilik perniagaan tersebut.

Dengan ini pemilik perniagaan BVMS hanya akan diminta untuk membuat komuniti mereka sendiri dan menghasilk­an kod QR untuk pelanggan mengimbas.

Pelanggan mengimbas kod QR melalui aplikasi Whizzl, iaitu nama, nombor telefon bimbit dan alamat e-mel mereka akan diisi secara automatik dan semua data akan disimpan dalam sistem backend yang dapat dieksport bila diperlukan.

Sekiranya berlaku kecemasan yang berkaitan dengan wabak tersebut, pemilik perniagaan dapat memberitah­u pelanggan dengan cepat dan bertindak sewajarnya.

Pelanggan Whizzl Premium berbayar akan menikmati analisis tambahan yang disertakan dalam perkhidmat­annya untuk pengalaman interaksi yang lebih luas dengan pelanggan/komuniti mereka.

Dari perspektif pemasaran, ia akan menjadi kelebihan besar bagi pemilik perniagaan untuk menubuhkan komuniti masingmasi­ng dan menggalakk­an orang ramai untuk turut serta.

Aplikasi premium memudahkan pelbagai analisis dengan beberapa USP yang akan memberi manfaat kepada pemilik perniagaan dalam aktiviti pemasaran mereka.

Whizzl adalah platform maklum balas sosial berdasarka­n lokasi yang dibina berdasarka­n komuniti. Ini memastikan bahawa semua maklum balas ditujukan kepada orang yang berkenaan sehingga dapat diuruskan secara bermakna.

Orang ramai boleh menghantar maklum balas di komuniti tertentu dan pihak berkuasa/pihak berkepenti­ngan yang berkenaan akan memberi maklum balas.

Whizzl bertujuan memainkan peranan positif dalam berinterak­si dengan masyarakat dan memanfaatk­an perkembang­an teknologi terkini untuk memupuk rasa kekitaan yang sebenar dalam dunia yang semakin saling berkaitan.

Whizzl juga mempunyai lokasi Geo-Tag yang membolehka­n agensi yang relevan untuk mengesan lokasi sebenar manusia/haiwan yang memerlukan bantuan, makanan atau tempat tinggal. Aplikasi Whizzl sesuai digunakan di semua perniagaan termasuk, harta tanah, NGO, universiti dan juga oleh agensi kerajaan.

 ??  ?? TERBAIK: Aplikasi terbaik untuk pengurusan hartanah dan memudahkan urusan harian anda.
TERBAIK: Aplikasi terbaik untuk pengurusan hartanah dan memudahkan urusan harian anda.
 ??  ?? PENGASAS: Ken Wong adalah pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Whizzl.
PENGASAS: Ken Wong adalah pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Whizzl.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia