Utusan Borneo (Sabah)

Pengusaha restoran, kedai kopi lega

Jabatan Kesihatan beri penjelasan teliti SOP pengoperas­ian premis perniagaan

- Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: Pengusaha restoran dan kedai kopi di sini menarik nafas lega apabila kekeliruan mengenai Tatacara Pengendali­an Piawai (SOP) pengoperas­ian kedai makan dapat dijelaskan secara teliti melalui pertemuan bersama pihak Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan.

Pengerusi Persatuan Restoran dan Kedai Kopi Sandakan Chong Sau Vui berkata pihak persatuan mendapat aduan mengenai kekeliruan SOP yang patut diamalkan oleh pengusaha restoran dan kedai kopi setelah dibenar beroperasi sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) diperkenal­kan kerajaan.

“Antara kekeliruan dihadapi ialah pengiraan mengenai jarak sebenar mengikut saiz meja makan kerana setiap premis mempunyai saiz meja berbeza serta jarak pelanggan dalam ruang VIP sekiranya dalam ruangan tersebut adalah terdiri daripada ahli keluarga sahaja.

“Kami juga bertanya tentang warga emas, kanakkanak dan wanita mengandung sekiranya golongan ini dibolehkan duduk dan makan di dalam premis dalam tempoh PKPP,” katanya.

Selain itu, Chong berkata pihaknya juga ingin meminta kepastian tentang keperluan mencatat rekod pelanggan yang hanya membuat pembelian secara bungkus dan bawa balik (take away service) tanpa memasuki premis.

Chong yang mewakili lebih kurang 100 pengusaha restoran dan kedai kopi di daerah ini mengucapka­n terima kasih kepada Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong yang telah menganjurk­an dialog terbuka antara Persatuan Restoran dan Kedai Kopi Sandakan dan pihak Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan.

Dalam pertemuan itu, Pegawai Kesihatan Persekitar­an, Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan, Sundusin Nganro telah menjelaska­n bahawa jarak antara pelanggan adalah kekal satu meter antara satu sama lain tanpa mengira saiz meja dan juga ruang VIP.

Sundusin turut mengulas bahawa tiada larangan untuk warga emas, wanita mengandung dan kanak-kanak untuk duduk di restoran ketika PKPP.

Namun begitu, beliau berkata golongan ini dikategori­kan sebagai berisiko dan adalah menjadi tanggungja­wab semua pihak kini untuk memastikan bahawa mereka tidak dijangkiti COVID-19.

“Adalah lebih baik sekiranya pengusaha restoran dan kedai kopi di daerah ini mengambil langkah berjaga-jaga dengan tidak menggalakk­an golongan berisiko duduk dan makan didalam premis mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Sundusin juga menggalakk­an pengusaha restoran dan kedai kopi untuk mencatat rekod setiap pelanggan mereka bagi memudahkan pihak berkuasa membuat rujukan sekiranya berlaku penularan dan jangkitan Covid 19.

 ??  ??
 ??  ?? PENJELASAN: Sundusin (dua kanan) menerangka­n SOP yang perlu dipatuhi sambil diperhatik­an oleh Chong (kiri) dan Vivian Wong (kanan).
PENJELASAN: Sundusin (dua kanan) menerangka­n SOP yang perlu dipatuhi sambil diperhatik­an oleh Chong (kiri) dan Vivian Wong (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia