Utusan Borneo (Sabah)

Yayasan Sabah saman Musa Aman

Fail tuntutan RM872 juta yang hilang akibat perjanjian pembalakan

- Oleh Amir Anuar

KOTA KINABALU: Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah (LPAYS) memfailkan tuntutan saman terhadap bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

Pengarah Yayasan Sabah (YS) Datuk Jamalul Kiram Mohd Zakaria berkata tuntutan itu melibatkan wang berjumlah RM872 juta yang hilang disyaki akibat perjanjian aktiviti pembalakan meragukan.

“Kami percaya wang ini adalah milik YS,” katanya pada sidang media di Pusat Pentadbira­n Negeri Sabah di sini, semalam yang turut dihadiri peguam mewakili YS, Datuk Douglas Lind.

Jamalul Kiram berkata YS adalah pemegang konsesi pembalakan terbesar di negeri ini semenjak wujud pada 1966 demi menjaga kebajikan sosioekono­mi rakyat dan membantu pembanguna­n pendidikan di Sabah.

Namun, beliau menyifatka­n Musa gagal melaksanak­an tanggungja­wab fidusiari untuk memelihara kepentinga­n YS selaku Pengerusi LPAYS yang juga Ketua Menteri dari 2003 hingga 2018.

“Dalam tuntutan mahkamah itu, kami (juga) menamakan beberapa penerima dan transaksi melibatkan wang di dalam akaun-akaun luar pesisir yang dituntut melalui perundanga­n,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata tuntutan melalui tetuan Lind Willie Chong & Chin dan writ saman itu akan diserahkan kepada Musa sebagai defendan tunggal dalam masa terdekat.

Writ saman melibatkan 11 tuntutan itu difailkan pada 16 Jun lepas melalui sistem e-pemfailan dan disaksikan Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah & Sarawak di Kota Kinabalu Amelati Parnell.

Peguam plaintif, Douglas berkata sebahagian tuntutan itu ada kaitan dengan pendakwaan terhadap Musa sebelum ini selepas siasatan menyeluruh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia.

“Kami yakin mempunyai (asas) kes yang kukuh, ahli lembaga (LPAYS) tidak akan memfailkan saman (terhadap Musa) jika tidak yakin,” katanya.

 ??  ?? SAMAN: Jamalul Kiram membaca kenyataan medianya di hadapan petugas media berhubung langkah LPAYS memfailkan tuntutan terhadap bekas Ketua Menteri Sabah.
SAMAN: Jamalul Kiram membaca kenyataan medianya di hadapan petugas media berhubung langkah LPAYS memfailkan tuntutan terhadap bekas Ketua Menteri Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia