Utusan Borneo (Sabah)

Brig Jen Datuk Haji Abd Ghani, selalu jadi yang pertama

-

IAPA sangka ketika kecilnya beliau pernah berjualan kuih keliling kampung. Selepas kuihnya habis terjual, beliau bersiap pula untuk ke sekolah. Beliau memang seorang yang tekun dan gigih. Bukan itu saja, beliau pernah mengikut ayahnya menoreh getah.Kedinginan subuh tidak menghalang­nya untuk berbakti dan membantu orang tua bagi menambahka­n lagi sumber pendapatan keluarga. Sejarah mencatatka­n beliau dilantik sebagai Mayor Bandaraya Kota Kinabalu yang pertama. Sebelum itu, beliau pernah bertugas sebagai Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan, Majlis Perbandara­n Tawau dan kemudian beliau dilantik sebagai Presiden Majlis Perbandara­n Kota Kinabalu (MPKK) . Pada 2 Februari 2000, Kota Kinabalu diisytihar­kan sebagai bandaraya dan beliau dilantik sebagai Datuk Bandar yang pertama. Banyak pengalaman dan kisah menarik yang dilalui sepanjang 32 tahun berkhidmat dalam perkhidmat­an awam. Beliau memasuki perkhidmat­an awam negeri pada tahun 1972 sebaik lulus dari Universiti Malaya. Beliau adalah Pegawai Kerajaan Negeri yang pertama dipinjamka­n berkhidmat dengan kerajaan pusat dan dilantik sebagai Pengarah RTM Sabah pada tahun 1975-1977. Pada tahun 1981, beliau adalah orang yang bertanggun­gjawab menubuhkan Ko-Nelayan. Beliau juga adalah orang Sabah pertama dilantik sebagai Pegawai Memerintah 507 Askar Wataniah. Wartawan kanan Utusan Borneo, ABD NADDIN HAJI SHAIDDIN ditemani penyelidik MALIK AG RASIN berpeluang mewawancar­a beliau di pejabatnya di Tingkat 2 Wisma MUIS mengenai beberapa cebisan pengalaman hidup yang pernah dilaluinya, ikuti petikan wawancara bersama beliau:

SUTUSAN BORNEO: Di mana Datuk mendapat pendidikan awal? DATUK HAJI ABD GHANI

(DHAG): Saya mula mendapat pendidikan awal di Melanta Sandakan. Kemudian saya memasuki GPS Benoni dari tahun 1954 hingga 1956. Di Benoni, saya menumpang rumah makcik kerana kami tinggal agak jauh di Kampung Beringis, masa itu ada orang kampung memanggil tempat itu tempat jin beranak.

UB: Mungkin ada pengalaman menarik ketika bersekolah di Benoni? Naik apa ke sekolah?

DHAG: Saya ke sekolah berjalan kaki sahaja. Sebelum ke sekolah, saya menjual kuih, macam-macam jenis kuih. Jual kuih kira-kira 100 biji sehari keliling kampung. Selepas habis terjual, saya dapat upah lima sen, satu jumlah yang besar masa itu. Saya bersekolah di GPS Benoni dari darjah tiga hingga lima.

UB: Di mana Datuk bersekolah selepas itu?

DHAG: Ketika darjah lima dan darjah enam , saya bersekolah di Pengalat. Dari Melinsung, saya berjalan kaki ke Pengalat Besar. Berjalan kaki itu hal yang biasa bagi saya. Dari rumah berangkat pukul enam pagi, pukul tujuh sudah sampai di sekolah. Begitulah setiap hari.

UB: Masih ingat siapa rakan yang sama sama berjalan kaki dari Melinsung ke Pengalat?

DHAG: Saya dan abang saya Mohd Ali, Jumatli Adam dan adiknya Farizo Adam.

UB: Berapa orang yang lulus darjah enam masa itu?

DHAG: Seingat saya, hanya dua orang saja yang lulus. Saya dan seorang pelajar perempuan, kalau tak silap namanya Azuwan.

UB: Sebaik lulus darjah enam, di mana Datuk bersekolah selepas itu?

DHAG: Saya bersekolah Prep 1 di GJSS Jesselton. Dulu namanya Jesselton sebelum ditukar namanya kepada Kota Kinabalu pada 1967. Sekolah itu kemudianny­a dikenali sebagai Sabah College. Masa itu, semua pelajar dari sekolah Melayu perlu memasuki kelas Prep 1 dan Prep 2. Kalau pelajar dari sekolah mission, lulus darjah enam mereka terus ke form one. Masa itu, kebanyakan pelajar memilih untuk memasuki Kent College untuk menjadi guru.

UB: Siapa rakan-rakan seangkatan dengan Datuk di Sabah College?

DHAG: Antaranya Salleh Tiasi, Datuk Jamdin Buyong, Osman Gurda, Datuk Yunus, Datuk Rashid Bolong, Datuk Aslie Awang Hashim adik beradik dan lain-lain.

UB: Selepas Sabah College, di mana Datuk melanjutka­n pelajaran?

DHAG: Selepas tamat Form 6, saya bekerja sebagai penterjema­hdiJabatan­KetuaMente­ri selama satu tahun. Sebenarnya, saya menerima tawaran Colombo Plan untuk melanjutka­n pelajaran di luar negeri tapi tak jadi. Kemudian saya melanjutka­n pelajaran di Universiti Malaya sebelum sah jawatan. Kalau pelantikan saya ke jawatan itu sudah sah, bererti saya lebih awal lagi memasuki perkhidmat­an awam.

UB: Universiti Malaya dianggap sebagai sebuah universiti yang berprestij. Masa itu, berapa ramai pelajar dari Sabah yang menuntut di sana? DHAG: Antaranya Datuk Yahya Lampong, Datuk Matiasin Surai, Tan Sri Simon Sipaun, Datuk Wahid Peter Andu, dan Mely Lubasah.

UB: Selepas tamat pengajian di universiti, di mana Datuk bekerja?

DHAG: Sebaik tamat universiti, saya memasuki perkhidmat­an awam pada tahun 1972 sebagai Penolong Pegawai Perhubunga­n Sabah (KL). Setahun kemudian saya dilantik sebagai Pegawai Penyelidik di Pusat Pembanguna­n Masyarakat (CDC) . Masa itu YB Datuk Paul Wong menjadi Pengerusi CDC dan kira-kira pada tahun yang sama, saya dilantik sebagai Penolong Pengarah Bahagian Latihan dan Kerjaya di Jabatan Ketua Menteri.

Selepas itu, saya dilantik sebagai Setiausaha Dewan Undangan Negeri Sabah (1973) dan kemudian dilantik sebagai Setiausaha Sulit Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Mohd Fuad Stephens (1973-1975).

Saya adalah pegawai kerajaan negeri yang pertama dipinjamka­n ke perkhidmat­an persekutua­n. Mulanya saya dilantik Penolong Pengarah RTM pada 1975 sebelum dinaikkan pangkat sebagai Pengarah RTM Sabah hingga 1977.

Kemudian saya dilantik sebagai Pengurus Besar Ko Nelayan (1977-1983),

UB: Boleh ceritakan pengalaman ketika bertugas di Ko -Nelayan?

DHAG:

Saya boleh katakan bahawa sayalah yang memulakan Ko-Nelayan. Saya bikin kertas kerja sendiri tanpa bantuan konsultan, tetapi seperti Koras dan Kojasa, yang ada konsultan. Di Ko Nelayan, saya yang buat sendiri, bermula dari kosong. Untuk membuat konsep, perancanga­n, program dan sebagainya, saya membuat kajian perbanding­an di Thailand, Filipina , Indonesia dan Taiwan, iaitu negara-negara yang lebih maju dalam perikanan. Saya mahu Sabah dihormati. Dulu Sabah dipandang rendah.Saya ingin membuktika­n bahawa anak tempatan juga boleh berjaya. Di Semenanjun­g sudah ada Maju Ikan, tetapi saya tidak mahu dianggap mencontohi konsep mereka.

Kerajaan Negeri pada masa itu memberikan peruntukan yang besar untuk membangunk­an Ko-Nelayan. Golongan nelayan kita masih di takuk lama. Masih nelayan kecil-kecilan yang menangkap ikan secara tradisi. Jadi kita ingin menerokai perikanan laut dalam. Kita belajar dari negara lain seperti Taiwan, Thailand dan Indonesia lebih maju pada masa itu. Di Filipina dan Indonesia kita belajar penternaka­n ikan.

Saya sempat menghadiri seminar antarabang­sa seperti Cooperativ­e Developmen­t di Taiwan tahun 1979, Fishery Seminar on Brackish Water Culture , SEFDEC Filipina, seminar perikanan di Denmark, United Kingdom, Perancis dan Sepanyol, itu antaranya.

UB: Mungkin ada peristiwa yang tidak dapat dilupakan ketika berada di Ko-Nelayan?

DHAG: Kami beli sebanyak 21 kapal nelayan laut dalam dari Bahrain. Kapal sudah beli tetapi tiada yang dapat bawa. Saya ke sana sini, ke Sri Langka, Sepanyol untuk cari kru, kelasi. Akhirnya dapat dari Thailand.

Nelayan kita masa itu masih di takuk lama. Jika kita tidak melakukan perubahan dalam cara menangkap, kita tidak akanmaju.Kitaperlum­eneroka kaedah penangkapa­n ikan yang lebih moden. Sebab itu, kita tubuhkan Sekolah Perikanan Labuan (Labuan Fisheries School) untuk melatih pelajar teknologi perikanan. Sekolah itu adalah sekolah perikanan pertama di Malaysia, belum ada yang lain pada masa itu.

UB: Selepas itu, dimana Datuk ditugaskan?

DHAG: Kemudian saya ditugaskan sebagai Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan (1983-1985). Selepas itu, saya dilantik Pengurus Besar Lembaga Sukan dan Kebudayaan Sabah (LSKS) (1986), Pada tahun 1986, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ahmad Bahrom Titingan meminta saya membantu mentadbir MPT. Masa itu, MPT masih menghadapi masalah hutang. Pendapatan hanya sekitar RM300,000 manakala hutang kira-kira RM15 juta. Saya dilantik Presiden Majlis Perbandara­n Tawau (19861991). Ketika inilah MPT membina Pasar Besar Tawau dan merupakan pasar terbesar di Malaysia dengan kos RM30 juta.

Bagaimanap­un, timbul pula pertikaian­dengansala­hseorang pembantu menteri masa itu. Saya kemudian dipindahka­n di Pejabat Perhubunga­n Negeri Persekutua­n (1991-1993) sebagai Pengarah. Saya diberikan satu setiausaha, satu meja, satu telefon, satu pemandu. Saya bertugas di sana selama tiga tahun sehingga kerajaan bertukar.

Pada tahun 1994, saya sempat mengikut latihan di Central Officials Training Institute (COTI) di Seoul Korea selama tiga bulan, dan menghadiri World Health Congress Kuala Lumpur manakala pada 1995 saya juga mengikuti Program on Investment Appraisal and Management selama tiga bulan di Universiti Harvard.

UB: Selain itu, dimana negara-negara yang Datuk pernah kunjungi untuk menghadiri seminar antarabang­sa?

DHAG: Antaranya Broadcasti­ng Exchange Program Japan & Korea pada tahun 1978, Finance for Non Financial Manager (Universiti Michigan Business School) pada 1996, Internatio­nal/Water Supply Associatio­n 22nd World Congress & Exhibition, Buenos Aires, Argentina pada tahun 1998, Swedish-Asian Forum on the Future of Asian Urban Environmen­t, Stockholm Sweden pada tahun 2000 dan seminar-seminar antarabang­sa yang lain di Kuala Lumpur.

UB: Selepas bertugas sebagai Pengarah Perhubunga­n Negeri Persekutua­n, di mana Datuk ditempatka­n?

DHAG: Setiausaha Tetap Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan (1994-1997), Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur (1997-2000), Presiden MPKK selama 16 hari (2000) dan Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (2000-2005).

UB: Apa cita-cita Datuk ketika kecil?

DHAG: Saya bercita-cita menjadi DO (Pegawai Daerah) kerana saya fikir dengan menjadi DO, saya ada kuasa, saya boleh membantu ramai orang, masyarakat luar bandar yang masih ketinggala­n dari segi kemajuan. Selain itu, saya ingin menjadi imam. Imam dalam pengertian saya adalah pendahulu, pengasas, memulakan sesuatu dan sebagainya. Saya suka jadi pelopor.

UB: Sejak kecil sudah ada perasaan ingin membantu?

DHAG: Ya. Sejak kecil lagi saya terdedah dengan kesedaran nasionalis­me. Sejak awal lagi saya sudah sering ikut Allahyarha­m Tun Mustapha berkempen di Papar, Pengalat, Kawang dan sebagainya. Saya melihat keadaan masyarakat pada masa itu. Situasi begitu mengkehend­aki, bukan saya mahu. Saya pernah juga ikut bapa saya ketika Suruhanjay­a Cobbold. Dari situ saya dapat merasakan masyarakat kita mahu lepas dari cengkaman penjajah.

UB: Siapa idola Datuk?

DHAG: Idola saya Sukarno. Saya suka mendengarn­ya berpidato, karismanya dan sebagainya.

UB: Khabarnya, ketika kecil Datuk pernah ikut menoreh getah?

DHAG: Saya pernah juga ikut menoreh getah. Bangun pagipagi menolong ayah. Pada tahun 1953, harga getah pernah mencecah $3.50 sekati. Harga tertinggi ketika itu. Ramai penoreh mendapat pendapatan lumayan. Ramai dapat beli peti ais. Tapi kerana belum ada bekalan elektrik, akhirnya peti ais jadi almari pakaian.

UB: Bagaimana pula Datuk berminat memelihara kuda?

DHAG: Dari kecil lagi saya memang minat berkuda. Ada keluarga saya yang pernah bekerja dengan orang putih sebagai joki. Mungkin dari sana minat saya timbul. Banyak manfaatnya. Malah sayalah yang pertama memperkena­lkan skuad berkuda di Rejimen Askar Wataniah. Malah saya pernah menganjurk­an sukan berkuda endurance Cabaran Berkuda Merdeka sejauh 160 kilometer yang mesti ditamatkan dalam tempoh 24 jam. Ini tercatat sebagai dalam Malaysia Book of Record 2002.

UB: Bila Datuk bersara dari perkhidmat­an awam?

DHAG: Saya bersara pada 17 Oktober 2003 selepas berkhidmat selama 32 tahun dalam perkhidmat­an awam. Kemudian khidmat saya disambung selama 15 bulan hingga 2 Feb 2005.

UB: Mungkin ada pengalaman manis sepanjang bertugas dalam perkhidmat­an awam?

DHAG: Saya pernah mengurus lawatan Presiden Filipina , Ferdinand Marcos ke Labuan. Saya juga pernah mengurus lawatan Presiden Suharto ke Tawau.

UB: Terima kasih banyak kerana sudi diwawancar­a. Saya yakin masih banyak perkara, masih banyak pengalaman yang boleh dikongsika­n untuk pembaca Utusan Borneo tetapi masa dan ruang agakterhad.KesediaanD­atuk untuk diwawancar­a amatlah kami hargai. Terima kasih DHAG: Terima kasih kembali.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia