Utusan Borneo (Sabah)

Tiga penjawat awam didakwa terima, minta rasuah

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU:

Tiga kakitangan sebuah agensi kerajaan mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan meminta dan menerima suapan rasuah di Mahkamah Khas Rasuah, di sini semalam.

Ketiga-tiga tertuduh, Tonny Ramlee, 40, Mohamad Nazri Rabani, 38, dan Rosdeh Likum, 41, membuat pengakuan terbabit selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Bagi pertuduhan pertama, Tonny dan Mohamad Nazri masing-masing sebagai Pembantu Penguatkua­sa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) manakala Rosdeh sebagai Penolong Pegawai Penguatkua­sa KPDNKK Cawangan Beaufort didakwa bersetuju menerima RM600 dari pemilik kedai serbaneka Chin Hau Jett sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadapny­a yang melakukan kesalahan mengikut Peraturan 3 (1) Perintah Kawalan Harga 1993.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta694) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama.

Sekiranya didapati bersalah tertuduh boleh dikenakan penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi.

Bagi tuduhan kedua ketiga-tiga tertuduh didakwa meminta RM600 dari orang sama dan tujuan sama.

Kedua-dua perbuatan dilakukan di Lo Chung Park Beaufort antara jam 12.25 hingga 12.50 tengah hari pada 14 Julai 2017.

Dalam prosiding itu, Pegawai Pendakwa Michael Joimin dari SPRM menawarkan jaminan RM10,000 untuk kedua-dua pertuduhan dengan jaminan tempatan kepada setiap tertuduh dengan syarat melaporkan ke pejabat SPRM dan pasport perlu disimpan oleh mahkamah.

Peguam Mohamad Amirul Amin yang mewakili ketigatiga mereka bagaimanap­un meminta wang jaminan dikurangka­n dengan alasan bahawa tertuduh masih berkhidmat dengan KPDNHEP dan mempunyai komitmen keluarga.

Mahkamah membenarka­n kesemua tertuduh masing-masing diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Ogos untuk sebutan semula kes.

Tonny, Mohamad Nazri dan Rosdeh juga diperintah­kan untuk menyerahka­n pasport antarabang­sa mereka kepada mahkamah dan melapor diri kepada SPRM setiap dua bulan dan tidak mengganggu atau berhubunga­n dengan manamana saksi pendakwaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia