Utusan Borneo (Sabah)

Mustapha Setiausaha Politik Christina yang baharu

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah melantik Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah Mustapha @ Mohd Yunus Sakmud sebagai Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew.

Mustapha, 51, mengangkat sumpah di hadapan Ketua Menteri di sini semalam.

Christina yang juga Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar merangkap Ahli Parlimen Tawau menyaksika­n majlis angkat sumpah berkenaan.

“Saya berterima kasih kepada Ketua Menteri kerana memberikan Mustapha peluang untuk berkhidmat dalam kerajaan,” katanya.

Hadir sama ialah ahli-ahli Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah.

Lahir di Kota Belud, Mustapha mula menceburi bidang politik sebagai calon PKR untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Usukan pada Pilihan Raya Umum ke-13 selepas berkhidmat sebagai jurutera dan pengurus di Telekom Malaysia dari 1993 sehingga 2013.

Beliau kini juga adalah Ketua Cawangan PKR Kota Belud, Setiausaha Pakatan Harapan Sabah dan Ahli dalam Lembaga Pelanconga­n Sabah.

Sebagai aktivis badan bukan kerajaan, beliau pernah berkhidmat sebagai Presiden Majlis Belia Sabah (2008-2020) dan kini adalah Pengerusi Sabah Initiative For Generation (IFG) dan Pengerusi Kinabalu Reform and Research Initiative for Strategic Leadership (KRISTAL) Sabah.

Mustapha juga berkelulus­an Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejurutera­an dan Elektronik dari University of Aberdeen, Scotland (UK) dan Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbira­n Perniagaan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

 ??  ?? TAHNIAH: Shafie (kanan) menyerahka­n surat pelantikan kepada Mustapha.
TAHNIAH: Shafie (kanan) menyerahka­n surat pelantikan kepada Mustapha.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia