Utusan Borneo (Sabah)

Pelawat ke Labuan perlu jalani pemeriksaa­n COVID-19

-

LABUAN: Semua pelawat dari dalam negara yang memasuki Labuan perlu terlebih dahulu menjalani pemeriksaa­n COVID-19 di terminal feri Labuan atau Lapangan Terbang Labuan, di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Bagi yang tiba untuk urusan perniagaan yang memerlukan mereka berada di Labuan untuk beberapa hari sahaja, mereka perlu menjalani ujian pantas untuk keputusan segera, dan mungkin tidak perlu menjalani kuarantin, kecuali sekiranya mereka menunjukka­n tanda-tanda jangkitan atau tiba dari kawasan zon merah COVID-19.

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata pemeiksaan COVID19 di lapangan terbang dan terminal feri amat penting, susulan empat kes dari Sabah baru-baru ini dikesan di terminal feri.

“Kita hanya mahu pastikan komuniti perniagaan dan penduduk tempatan di sini menjalani kehidupan seharian dengan selamat, tanpa rasa bimbang kemungkina­n penularan jangkitan dari ‘orang luar’ yang datang ke sini “Jabatan kami tidak pernah menyekat kehadiran pelawat ke Labuan menerusi terminal feri atau lapangan terbang… cuma mereka perlu menjalani pemeriksaa­n biasa di dua ‘pintu masuk’ ke pulau ini,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pelawat juga tidak perlu bimbang sekiranya diberikan ‘Annex 14’ semasa tiba, yang memerlukan mereka dikuaranti­n selama 14 hari, kerana perintah kuarantin hanya akan dikeluarka­n terhadap mereka dengan simptom dan mereka yang tiba dari kawasan berisiko tinggi sahaja.

“Kita tidak boleh benarkan pelawat dengan risiko COVID-19 terdedah, berurusan dengan penduduk tempatan, dan mewujudkan kluster baharu, sebab itu pemeriksaa­n diperlukan, diharapkan pelawat faham…,” katanya.

Dr Ismuni berkata dua pusat kuarantin, Pusat Giat Mara dan Institut Latihan Industri telah ditutup sejak 13 Jun, dan mereka dengan simptom atau dari kawasan berisiko COVID-19, akan hanya dikenakan kuarantin di rumah, manakala yang positif dihantar ke Hospital Labuan untuk rawatan dan pemantauan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia