Utusan Borneo (Sabah)

Perintah berkurung di ESSZone dilanjutka­n hingga 4 Julai

-

KOTA KINABALU: Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir pukul 6.00 petang semalam dilanjutka­n sehingga 4 Julai, kata Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Zaini Jas.

Beliau berkata susulan pelanjutan itu, penduduk di kawasan berkenaan diminta berada di dalam rumah dan tidak dibenarkan memasuki kawasan perairan itu antara pukul 6.00 petang sehingga 6.00 pagi sepanjang tempoh berkenaan.

“Orang lain tidak dibenarkan memasuki atau berada di kawasan yang telah diisytihar­kan antara pukul 6.00 petang sehingga 6.00 pagi pada tarikh yang dinyatakan,” menurutnya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata perintah berkurung itu meliputi kawasan perairan daerah

Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatang­an, Sandakan dan Beluran.

Katanya perintah berkurung itu dilanjutka­n bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh oleh pengganas yang mengancam keselamata­n penyelidik antarabang­sa yang menjalanka­n penyelidik­an dan pelancong di pulau-pulau peranginan.

Zaini berkata berdasarka­n maklumat, kumpulan militan Abu Sayyaf dan mereka yang menjalanka­n kegiatan menculik untuk mendapatka­n wang tebusan dari selatan Filipina masih cuba menceroboh bagi melakukan penculikan serta jenayah rentas sempadan.

Beliau berkata perintah itu juga adalah bagi memudahkan penguatkua­saan dan pemantauan terhadap pergerakan bot selain menimbulka­n rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet serta nelayan dengan kehadiran kapal anggota keselamata­n di sekitar kawasan mereka.

“Saya juga memberi kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah di ESSZone mengeluark­an permit kepada pemohon yang layak bagi aktiviti perikanan atau ada keperluan mendesak untuk melalui kawasan perintah berkurung,” katanya.

 ??  ?? ZAINI
ZAINI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia