Utusan Borneo (Sabah)

1,100 orang hadir solat Jumaat di Masjid Al-Kauthar

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Seramai lebih 1100 orang jemaah hadir di Masjid Al-Kauthar untuk menunaikan solat Jumaat selepas Majlis Fatwa Negeri Sabah membenarka­n lebih ramai jemaah berada di masjid dalam satu-satu masa.

Tinjauan di masjid berkenaan mendapati tiada kesesakan orang ramai yang berlaku, semuanya berjalan lancar dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Pengurusan masjid juga memberikan taklimat berkaitan SOP semasa berada di masjid sebelum memulakan solat Jumaat.

Manakala khutbah juga dilaksanak­an kurang daripada setengah jam bagi memenuhi peraturan yang ditetapkan.

Pengerusi Masjid AlKhauthar Khalid Mohd Tahir berkata sebelum menerima surat arahan daripada Mufti Sabah, pihaknya sudah mengadakan mesyuarat bersama Ahli Jawatankus­a dan kakitangan masjid, Rela serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk bersama-sama membuat persediaan menerima kehadiran orang ramai.

“Sangat bersyukur kerana segala usaha yang dirancang berjalan dengan lancar, tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku dan orang awam yang datang juga mematuhi semua SOP yang ditetapkan.

“Pengurusan Masjid AlKauthar berusaha mengikuti semua saranan pihak kerajaan dari semasa ke semasa sebagai langkah membantu memutuskan rantaian wabak COVID-19,” katanya.

Beliau berkata sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masjid ini boleh menampung seramai lebih 5,000 jemaah mengikut kapasiti yang dibenarkan oleh kerajaan dan kami sudah bersedia sekiranya jemaah yang lebih ramai hadir pada masa akan datang.

“Kalau dilihat keadaan hari ini dengan perancanga­n yang dirancang, pihak masjid tidak mempunyai masalah pada minggu hadapan walaupun dengan kehadiran jemaah yang maksima,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Tawau Kahar Sundu berpuas hati dengan pengurusan yang dilakukan oleh pihak masjid yang mengikuti semua SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Beliau mengucapka­n tahniah kepada pihak pengurusan yang membuat persediaan awal dan teratur sepanjang menerima kehadiran orang ramai di samping penyediaan jarak jemaah semasa berada di dalam masjid.

Namun, beliau menasihatk­an mereka yang terpilih menunaikan solat di masjid ini supaya sentiasa mematuhi peraturan sehingga habis solat.

“Hal ini kerana, apa yang saya perhatikan tadi selepas selesai solat melalui skrin kamera keselamata­n (CCTV), orang ramai masih lagi kurang mengambil perhatian soal penjarakan jarak semasa keluar dari masjid.

“Mereka masih lagi berpusu-pusu keluar tanpa mengambil kira jarak walaupun sebelum memulakan solat tadi sudah diberi taklimat berhubung SOP semasa berada di masjid,” katanya.

Turut hadir solat Jumaat di masjid ini Presiden Majlis Perbandara­n Tawau (MPT), Datuk Amrullah Kamal.

 ??  ?? KHALID
KHALID
 ??  ?? KAHAR
KAHAR
 ??  ?? SOP: Semua jemaah yang datang perlu disukat suhu badan sebagai SOP.
SOP: Semua jemaah yang datang perlu disukat suhu badan sebagai SOP.
 ??  ?? JEMAAH: Susunan di dalam masjid ketika solat Jumaat dilaksanak­an.
JEMAAH: Susunan di dalam masjid ketika solat Jumaat dilaksanak­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia