Utusan Borneo (Sabah)

Dua lelaki dihukum satu tahun penjara atas kesalahan lakukan khianat

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Mahkamah Sesyen menjatuhka­n hukuman penjara selama satu tahun terhadap dua lelaki termasuk seorang remaja selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan khianat, di sini semalam.

Zahar Hatta, 21, dan Abdul Nazir Ibrahim, 18, didakwa melakukan kesalahan itu di Kampung Sungai Imam, pada 13 Jun 2020, jam 1.30 pagi.

Manakala seorang lagi tertuduh Mohd Azrey Rhyme, 22, mengaku tidak bersalah atas kesalahan yang sama dan mohon dibicaraka­n.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, semua tertuduh didakwa merosakkan tiga keping cermin rumah dan cermin sebuah kenderaan milik Nur Ain Jais dengan membaling batu. Ekoran kejadian tersebut, mangsa dikatakan mengalami kerugian sebanyak RM400.

Sehubungan itu, semua suspek didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara antara satu hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Tawau Amirshah Amir Hassan kemudian menjatuhka­n hukuman penjara setahun ke atas Zahar dan Abdul Nazir bermula dari tarikh mereka ditahan sebelum dirujuk kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Asisten Superinten­den Dayang Nur Azarinawat­y Awang Kachee manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Sementara itu, Mohd Azrey yang diwakili peguam Dayang Aidaku Amira

Aminuddin dalam rayuannya memohon mahkamah mengenakan wang jaminan sebanyak RM1,000 memandangk­an dia telah dibuang kerja akibat ditahan berikutan kes tersebut.

Menurut Dayang Aidaku, sebelum ini anak guamnya menyara ibu serta empat adiknya dengan pendapatan sebanyak RM1,200 sebulan, namun kini kehilangan sumber pendapatan ekoran kes tersebut.

Amirshah kemudian membenarka­n Mohd Azrey diikat jamin sebanyak RM2,000 dengan dua orang penjamin tempatan dan kes akan disebut semula pada 23 Julai depan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia