Utusan Borneo (Sabah)

PKOB Tawau pastikan tiada wujud kluster baharu

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Tawau sentiasa memantau semua aktiviti masyarakat dalam pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) supaya tiada kluster baharu yang wujud memandangk­an daerah ini sudah berada dalam zon hijau.

Pemantauan itu termasuk di perairan dan persempada­nan supaya tiada pembolosan pendatang tanpa izin (PTI) melalui jalan tikus berlaku.

Presiden Majlis Perbandara­n Tawau (MPT) Datuk Amrullah Kamal berkata, sempadan negara terutamany­a di perairan Tawau sentiasa dijaga dengan rapi supaya tiada bolos melalui jalan tikus yang berpotensi berlakunya penularan wabak dan kluster baharu.

“Saya difahamkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Polis Marin (PPM), ESSCom dan Maritim Malaysia sudah mengenal pasti laluan tikus dan sentiasa memantau di kawasan itu.

“Baru-baru ini juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin sudah turun padang melawat pos-pos kawalan di perairan Tawau untuk meninjau sendiri tahap kesiap siagaan pasukan keselamata­n kita,” katanya ketika di temui semasa melawat mangsa kebakaran di Batu 2 Jalan Apas di sini.

Beliau yang juga pengerusi PKOB Tawau berkata, penghuni di Pusat Kuarantin Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tawau kini hanya tinggal enam orang sahaja.

“Penghuni yang tinggal itu merupakan PTI yang didapati masuk secara haram melalui laluan tikus. Mereka akan ditempatka­n di sana sehingga habis tempoh kuarantin.

“Kita minta kerjasama orang awam supaya segera melaporkan sekiranya mengetahui ada PTI yang bolos melalui jalan tikus supaya daerah kita dapat bebas wabak,” katanya.

Sementara itu, berhubung pembukaan beberapa jenis perniagaan seperti yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal, kelmarin Amrullah menjelaska­n pihaknya mematuhi segala arahan yang digariskan kerajaan negeri.

“Semua premis yang dibenarkan beroperasi perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan termasuk penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka dan sanitasi,” katanya.

 ??  ?? AMRULLAH
AMRULLAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia