Utusan Borneo (Sabah)

Kebenaran panggung wayang, perkhidmat­an kecantikan beroperasi tingkat ekonomi rakyat

- Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: Keputusan Kerajaan Negeri Sabah membenarka­n panggung wayang dan perkhidmat­an kecantikan serta kesihatan beroperasi mampu meningkatk­an ekonomi rakyat secara berperingk­at.

Timbalan Ketua Bahagian Warisan Batu Sapi Mohd Hanafiah Sahih Datuk Haji Montoi berkata, memandangk­an kes aktif yang dilaporkan di Sabah semakin berkurang dengan hanya sifar hingga dua kes positif yang baru sahaja dilaporkan, maka adalah tidak bermasalah jika aktiviti ekonomi di negeri dibuka secara berperingk­at.

“Aktiviti ekonomi di Malaysia termasuk di Sabah kebanyakan­nya terjejas akibat daripada pandemik COVID19,” katanya.

Namun begitu, beliau yang juga mantan setiausaha sulit

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Undang-Undang dan hal Ehwal Parlimen, meminta rakyat tidak patut memandang rendah terhadap Tatacara Pengendali­an Piawai (SOP) yang disediakan oleh pihak berkuasa.

“Kita tidak mahu negeri kita menjadi seperti negaranega­ra, Singapura ataupun Jepun sebelum ini yang telah mengalami gelombang kedua penularan wabak ini,” katanya.

Beliau berkata penjarakan sosial, penjagaan kebersihan dan pemakaian pelitup muka perlu diteruskan oleh semua pihak bagi mencegah penularan virus ini dalam kalangan orang ramai.

Kelmarin, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumka­n kebenaran beroperasi panggung wayang serta premis perkhidmat­an kecantikan dan kesihatan di negeri ini.

Kebenaran itu membabitka­n aktiviti solekan dan rawatan rambut, dandanan rambut, manikur dan pedikur serta mencuci dan rawatan muka.

Selain itu, turut dibenarkan beroperasi aktiviti cukur jambang dan misai serta refleksolo­gi dan urut.

 ??  ?? MOHD HANAFIAH
MOHD HANAFIAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia