Utusan Borneo (Sabah)

Kebenaran operasi premis berisiko di zon hijau disambut baik

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) turut memberi kebenaran beroperasi kepada sektor-sektor ekonomi yang sebelum ini dianggap berisiko dengan penularan pandemik wabak COVID-19.

Kebenaran itu turut memberi kelonggara­n kepada premis panggung wayang, pusat kecantikan, refleksolo­gi dan urutan tradisiona­l.

Sudah pasti ianya merupakan khabar gembira kepada semua pengusaha premis itu kerana sudah tiga bulan tidak beroperasi dan tidak kurang juga kepada masyarakat yang menyambut baik kebenaran itu.

Norazin Ahmat, 40, berkata sudah tiba masanya sektor itu dibuka kerana daerah Tawau sudah menunjukka­n kadar sembuh 100 peratus pesakit COVID-19 dan berada dalam zon hijau.

“Dengan adanya Prosedur Operasi Standard (SOP) yang menjadi garis panduan diberikan kerajaan sudah pasti kita dapat mengatasi masalah penularan wabak.

“Memang betul kita boleh mendapatka­n saluran hiburan melalui televisyen tetapi suasana dalam panggung wayang sudah pasti berbeza dengan suasana di rumah,” katanya.

Beliau berkata, refleksolo­gi kaedah rawatan alternatif yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia dan ada kalangan warga kita yang bergantung kepada rawatan itu.

“Oleh itu, dengan kebenaran itu, bukan sahaja pengusaha yang lega tetapi pelanggan yang mendapatka­n perkhidmat­an mereka juga boleh menarik nafas lega,” katanya.

Pandangan itu turut dipersetuj­ui oleh M Aidil Ardas, 35, kerana dengan kebenaran lebih banyak sektor dibuka dapat merancakka­n lagi ekonomi negara terutamany­a daerah ini.

“Begitu juga pekerja di sektor itu sudah boleh bekerja semula kerana selama premis mereka ditutup ada kalangan mereka tidak menerima gaji ataupun hanya diberikan gaji separuh sahaja,” katanya.

Menurutnya, panggung wayang juga merupakan pusat hiburan yang menjadi tumpuan orang ramai dan sebelum penularan wabak tempat itu menjadi satu tempat hiburan keluarga yang popular.

“Sudah hampir tiga bulan, penduduk Tawau tidak mendapatka­n hiburan yang terkini sama ada filem tempatan mahupun luar negara.

Oleh itu, dengan kelonggara­n yang diberikan, orang ramai sudah boleh pergi di sana.

“Namun, pihak pengusaha dan pelanggan jangan ambil mudah soal penjarakan sosial kerana buat masa ini kita masih dalam langkah pemulihan bukan bebas wabak,” katanya.

 ??  ?? AIDIL
AIDIL
 ??  ?? NORAZIN
NORAZIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia