Utusan Borneo (Sabah)

Kebenaran bawa anak keluar rumah dapat reaksi berbeza

Berikutan negara belum pulih sepenuhnya daripada wabak COVID-19

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Kerajaan sudah mula melonggark­an semua aktiviti harian masyarakat dalam pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan syarat Prosedur Operasi Standard (SOP) dipatuhi.

Kelonggara­n itu turut memberi kebenaran kepada ibu bapa yang mahu membawa anak mereka keluar berjalan-jalan di tempat awam termasuk pergi membeli-belah di pasar raya.

Tinjauan Utusan Borneo terhadap kelonggara­n itu mendapat reaksi berbeza daripada penduduk kerana ada yang menyambut baik dan tidak kurang juga mereka tidak bersetuju disebabkan beranggapa­n negara belum pulih sepenuhnya daripada pandemik wabak COVID19.

Mohd Adamsyah Dzulfadli Adzim, 31, menyambut baik kelonggara­n yang diberikan itu kerana sudah tiga bulan anak-anak hanya terkurung di dalam rumah sahaja dan sudah pastinya mereka terdidik dengan penjarakan sosial.

“Tempoh tiga bulan tanpa keluar bersiar-siar membuat anak-anak sudah mula bosan dan mereka sudah pasti faham dengan SOP yang sering kali diajar serta diberitahu oleh ibubapa masing-masing,” katanya.

Menurutnya, kelonggara­n itu juga dapat memudahkan ketua keluarga yang bekerja kerana sebelum ini isteri terutamany­a sukar untuk bergerak membeli barang keperluan dan membuat urusan lain dengan meninggalk­an anak di rumah.

“Banyak urusan terpaksa ditangguhk­an kerana terpaksa menunggu ketua keluarga bercuti di hujung minggu untuk bergilir-gilir menjaga anak di rumah, namun urusan yang melibatkan waktu bekerja pula tetap tidak dapat dilakukan sekiranya pasangan hanya mendapat cuti pada hujung minggu,” katanya.

Mengulas lanjut, anakanak juga perlu melakukan aktiviti riadah di luar rumah seperti berjalan-jalan di taman dan di tepi pantai supaya mereka tidak bosan memandangk­an tiada sesi persekolah­an ketika ini.

“Aktiviti-aktiviti itu juga dapat merangsang perkembang­an otak dan minda anakanak, sekiranya mereka terus menerus terkurung di dalam rumah sudah pasti semua ransangan itu tidak dapat dilakukan,” katanya.

Adamsyah berkata, kebenaran itu tidak bererti ibu bapa bebas sepenuhnya untuk membawa anak-anak ke mana sahaja tanpa mengambil kira soal keselamata­n.

“Pastikan semua SOP perlu dititik beratkan dan menjadi keutamaan ketika hendak membawa keluar anak-anak. Buat masa ini jangan bawa mereka di tempat-tempat yang ramai orang,” katanya.

Bagi Iwati Mamma, 34, pula kelonggara­n itu belum masanya lagi kerana wabak masih berada di dalam negara dan anak-anak sangat mudah dijangkiti.

Menurutnya, anak-anak terutamany­a yang masih kecil tidak faham dengan penjarakan sosial dan langkah keselamata­n yang perlu diambil ketika di luar rumah.

“Kebiasaann­ya bagi anakanak yang aktif, mereka akan berlari-lari tanpa berfikir soal jarak dan keselamata­n yang perlu mereka amalkan.

“Ada dalam kalangan anak-anak juga tidak selesa mengenakan pelitup muka ketika berada di khalayak ramai, sedangkan penggunaan­nya ketika ini sangat dititikber­atkan supaya tidak terdedah jangkitan wabak,” katanya.

Beliau berkata, di kedai makan dan pusat beli-belah merupakan kawasan tumpuan orang ramai, anakanak yang sudah lama tidak dapat keluar rumah pastinya sangat teruja.

“Mereka pasti beranggapa­n kebenaran itu merupakan tanda kebebasan mereka sehingga melupakan penjarakan sosial dan keselamata­n diri,” katanya.

 ??  ?? IWA
IWA
 ??  ?? ADAMSYAH
ADAMSYAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia