Utusan Borneo (Sabah)

Ibu bapa sambut baik kebenaran bawa anak keluar dengan patuh SOP

- Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: Kebenaran kerajaan kepada ibu bapa bagi membawa anak ke tempat awam termasuk pusat membeli-belah dan restoran disambut baik, yang penting mereka sentiasa mengikut syarat Tatacara Pengendali­an Piawai (SOP) yang ditetapkan.

Mahjur Salleh mengucapka­n terima kasih kepada pihak kerajaan yang peka dengan keadaan semasa namun nasihat yang dikeluarka­n oleh pihak kerajaan wajib dipatuhi.

“Pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu dilihat baik, tetapi secara peribadi saya berpendapa­t adalah lebih baik jika ibu bapa masih tidak berbuat demikian.

“Lebih baik ibu bapa masih lagi membuat kuarantin sendiri untuk anakanak mereka yang berusia 12 tahun ke bawah di rumah,” katanya.

Beliau menegaskan ini kerana sehingga saat kini belum ada lagi vaksin khas yang ditemui oleh manamana pakar perubatan untuk wabak COVID-19.

“COVID-19 adalah musuh yang tidak nampak dan bila-bila masa akan mengambil kesempatan menyerang jika kita terleka,” katanya.

Mahjur berkata walaupun terdapat kebenaran tetapi pihak kerajaan juga sering menasihati ibu bapa agar tidak membawa anakanak ke tempat khalayak ramai kerana mereka ini adalah golongan berisiko tinggi dijangkiti wabak berkenaan.

“Jika tiada keperluan dan ada ahli keluarga yang boleh menjaga anak-anak ketika ketiadaan ibu bapa di rumah, rasanya ibu bapa tidak perlu mengambil risiko untuk membawa anak-anak ke pusat membeli-belah,” katanya.

Beliau berkata, ini bagi mengelakka­n sebarang kemungkina­n jangkitan virus bukan sahaja COVID-19 tetapi penyakit lain.

Dalam pada itu, Mahjur berkata ibu bapa perlu tingkatkan disiplin diri dan keluarga sentiasa mengamalka­n kebersihan ketika di rumah atau di luar rumah.

“Istilah masa lapang anak-anak di rumah dengan menelaah pelajaran dan juga aktiviti sihat seperti mengaji dan sebagainya adalah satu langkah yang lebih baik da;am memastikan anakanak kita sihat dan tidak dijangkiti,” katanya.

Beliau berkata harus diingat bahawa anak-anak ini adalah masa depan negara yang bakal mewarisi kepimpinan sebuah negara.

“Ibu bapa perlu pantau setiap masa tahap kesihatan mereka. Keselamata­n serta kesihatan anak-anak adalah tanggungja­wab kita,” katanya.

 ??  ?? MAHJUR
MAHJUR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia