Utusan Borneo (Sabah)

Mesyuarat diadakan bincang isu pengoperas­i bas henti-henti dan bas sekolah

- Oleh Noorasvill­a Muhamma

SANDAKAN: Satu mesyuarat bagi membincang­kan beberapa isu berkaitan pengoperas­ian bas henti-henti dan bas sekolah di daerah ini telah diadakan di Pejabat Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n (LPKP) Sandakan, kelmarin.

Mesyuarat itu telah dipengerus­ikan oleh Pengerusi Lembaga LPKP Dato’ Chin Kim Hiung dan dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura Calvin Chong Ket Kiun, Ketua Cawangan LPKP Sandakan Soffian Eting, Pengerusi Persatuan Bas Henti-henti Sandakan Mohd Harun Ramli dan Pengerusi Persatuan Bas Sekolah Sandakan Lee Man Keong.

Menurut Mohd Harun, antara isu berbangkit melibatkan pemandu bas hentihenti adalah kadar tambang bas yang masih sama sejak dari tahun 2009.

Katanya, pada ketika itu status mereka adalah bas mini dan kemudian ditukarkan kepada bas henti-henti, bagaimanap­un pertukaran itu menyaksika­n kadar tambang yang dikenakan adalah lebih rendah sebelum ini.

Berikutan itu, pihaknya merancang melakukan satu kajian yang meliputi semua aspek termasuk kadar tambang untuk diserahkan kepada LPKP agar penelitian dan tindakan lanjut dapat dilakukan.

Mohd Harun juga memohon agar tempoh umur kenderaan bas melebihi 30 tahun dibenarkan untuk digunakan kerana kondisi bas masih baik selain keadaan ekonomi semasa yang tidak sihat agar menyukarka­n bagi mereka untuk membeli kenderaan baharu.

Sementara itu, Lee memohon agar LPKP memberi subsidi kepada pemandu bas sekolah untuk membeli bas yang baharu selepas umur van sedia ada melangkaui usia 30 tahun seperti yang dibenarkan.

Jelasnya, kira-kira 80 peratus daripada pemandu bas sekolah adalah golongan lanjut usia sekaligus menyukarka­n mereka untuk mendapatka­n kelulusan pinjaman bagi membeli van baharu.

Persatuan Bas Sekolah Sandakan turut menyatakan rasa tidak puas hati kerana peniaga bas sekolah tidak mendapat sebarang bantuan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, pemandu bas sekolah juga adalah antara golongan yang terjejas dan mereka memohon agar bantuan khas dapat diberikan memandangk­an majoriti daripada mereka menjadikan peniagaan bas sekolah sebagai sumber pendapatan utama.

 ??  ?? MESYUARAT: Calvin (tiga kanan) ketika menghadiri mesyuarat bagi membincang­kan beberapa isu berkaitan pengoperas­i bas henti-henti dan bas sekolah di Sandakan.
MESYUARAT: Calvin (tiga kanan) ketika menghadiri mesyuarat bagi membincang­kan beberapa isu berkaitan pengoperas­i bas henti-henti dan bas sekolah di Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia