Utusan Borneo (Sabah)

Adalah lebih baik anak-anak terus kekal berada di rumah

- Oleh Noorasvill­a Muhamma

SANDAKAN: Tiada larangan membawa anakanak ke tempat awam termasuk pusat beli-belah dan restoran, namun ibu bapa berpendapa­t adalah lebih baik sekiranya anakanak terus kekal berada di rumah.

Bagi Asnita Sulaiman, kenyataan dikeluarka­n Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) kelmarin sememangny­a disambut baik oleh ibu bapa apatah lagi anak-anak memang hanya duduk di rumah sejak pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanap­un, beliau berpendapa­t adalah memadai untuk anak-anak terus kekal duduk di rumah sekiranya tiada keperluan untuk dibawa ke tempat awam.

“Keselamata­n anak adalah tanggungja­wab kita. Sebagai ibu bapa, kita kena tanya diri sendiri adakah anak kita akan selamat jika berada dalam kumpulan manusia yang ramai di dalam kawasan tertutup seperti pasar raya dan sebagainya.

“Walaupun anak-anak memakai pelitup muka ketika berada di pasar raya atau restoran, namun risiko untuk dijangkiti COVID-19 masih tinggi kerana mereka tergolong dalam golongan yang mudah dijangkiti.

“Anak saya, Amirul Hakimi yang berusia 10 tahun tidak pernah dibawa ke pasar raya atau restoran sejak pelaksanaa­n PKP hinggalah sekarang. Memadai untuk dia terus kekal di rumah dengan melakukan aktiviti harian selain menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh pihak sekolah secara atas talian. Saya juga bersyukur kerana anak saya faham situasi bahaya sekiranya berada di luar rumah,” katanya.

Sementara itu, Mohd Al Mahdi Abdul Karim turut menyambut baik kelonggara­n diberikan kepada anak-anak sekiranya ingin keluar ke tempat awam, bagaimanap­un ia terpulang kepada ibu bapa dan juga situasi yang dilalui oleh sesebuah keluarga itu.

“Kelonggara­n ini memberi kemudahan kepada ibu bapa yang mempunyai anak ramai. Sebagai contoh kalau mahu beli pakaian atau kasut, memang agak susah untuk ibu bapa mahu ingat saiz dan juga pilihan anak-anak.

“Selain itu, ada juga ibu atau bapa yang terpaksa membawa anak ke tempat awam sebab tiada penjaga yang boleh melihat anak di rumah. Ataupun mungkin berlaku kecemasan yang menyebabka­n ibu bapa perlu membawa anak keluar rumah.

“Walaupun begitu, sebaik-baiknya cuba elakkan untuk membawa anak-anak ke tempat awam sekiranya tiada keperluan mendesak. Tahap imunisasi anak masih rendah dan mereka sangat mudah dijangkiti dengan penyakit apatah lagi COVID-19,” katanya.

Beliau juga berpendapa­t ibu bapa yang perlu membawa anak ke tempat tumpuan ramai agar menerapkan amalan kebersihan sejak dari rumah hingga kembali ke rumah semula.

Katanya, penjarakan sosial, memakai pelitup muka, kerap membasuh tangan serta menggunaka­n cecair pembasmi kuman adalah antara tindakan yang perlu diamalkan oleh semua orang termasuk kanak-kanak.

 ??  ?? MOHD AL MAHDI
MOHD AL MAHDI
 ??  ?? ASNITA
ASNITA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia