Utusan Borneo (Sabah)

SMK Sacred Heart alu-alukan, hargai sumbangan masyarakat

-

SIBU: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sacred Heart mengalu-alukan dan menghargai semua bentuk bantuan daripada masyarakat.

Pengetuany­a, David Teo Wu berkata sekolahnya tidak dibiayai sepenuhnya pihak berkuasa dan sebarang bantuan diberikan kepada sekolah ini sangat bermakna bagi semua warganya.

Menurutnya, sekolah tersebut sangat bergantung pada sokongan masyarakat untuk berkembang dan dana diperlukan bagi pembaikan dan penyelengg­araan pelbagai kemudahan.

“Tanpa dana seperti itu kami tidak dapat menyediaka­n persekitar­an kondusif untuk pelajarpel­ajar mengembang­kan pembelajar­an mereka,” katanya ketika menerima sumbangan pelitup muka dan cecair pensanitas­i daripada dua pemimpin masyarakat iaitu Kaunselor Joseph Chieng dan Kapitan Lau.

David berkata, walaupun SMK Sacred Heart mendapat bantuan bertahun-tahun sokongan daripada masyarakat setempat namun masih banyak bidang memerlukan pengembang­an lebih lanjut.

“Dewan sekolah perlu dinaik taraf setelah hampir 20 tahun dan dalam sukan, pelajar akan lebih baik sekiranya kami mempunyai trek larian sendiri,” jelasnya.

Mengenai sumbangan pelitup muka dan cecair pensanitas­i tangan itu, David berkata kedua-dua pemimpin terbabit sangat prihatin terhadap keperluan sekolahnya.

Sementara itu, Chieng berkata mereka dapat sebagai landasan atau saluran bagi sekolah tersebut untuk menghubung­i mereka ketika memerlukan bantuan.

“Ini sebagai sebahagian daripada tugas kami dalam komuniti untuk mendapatka­n pemahaman lebih baik mengenai keperluan dan cabaran sekolah,” katanya.

Pasukannya adalah salah satu kumpulan ditugaskan membantu masyarakat di kawasan Bukit Assek.

“SMK Sacred Heart adalah legenda dalam banyak hal dan kita tahu bekas pelajar sekolah itu banyak membantu pelajar mereka.

“Sebagai Ahli Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) adalah tanggungja­wab saya melakukan apa sahaja dapat dibantu justeru sila hubungi saya,” katanya.

Pasukan tersebut kemudian mengadakan lawatan ke sekolah untuk melihat persiapan yang sudah dibuat ketika pembukaan semula sekolah pada minggu hadapan.

 ??  ?? TERIMA KASIH: David (tiga kanan) menerima sumbangan pelitup muka daripada Chieng sementara Penolong Kanan SMK Sacred Heart, Lau Tiew Kiong (dua kiri) menerima sumbangan cecair pensanitas­i tangan daripada Lau di Sibu, semalam.
TERIMA KASIH: David (tiga kanan) menerima sumbangan pelitup muka daripada Chieng sementara Penolong Kanan SMK Sacred Heart, Lau Tiew Kiong (dua kiri) menerima sumbangan cecair pensanitas­i tangan daripada Lau di Sibu, semalam.
 ??  ?? TINJAU: Chieng (kiri depan), Lau (kanan), David (tengah) serta yang lain menikmati persekitar­an bilik kelas SMK Sacred Heart dalam norma baharu di Sibu semalam.
TINJAU: Chieng (kiri depan), Lau (kanan), David (tengah) serta yang lain menikmati persekitar­an bilik kelas SMK Sacred Heart dalam norma baharu di Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia