Utusan Borneo (Sabah)

RM7j untuk petani di bahagian Sibu promosi produk tahun ini

Peruntukan sudah diguna, mohon awal untuk dana tahun depan

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Sebanyak RM7 juta telah diperuntuk­kan sebagai insentif pertanian untuk disalurkan kepada para petani yang terlibat dalam mempromosi­kan produk dan aktiviti pertanian di bahagian ini pada tahun ini.

Pengarah Jabatan Pertanian Bahagian Sibu Heidylia Joshua berkata, beberapa produk dan aktiviti pertanian yang dipromosik­an adalah durian, cili, dabai, nanas, halia, kelapa, padi, perikanan, penternaka­n udang, pemelihara­an ayam dan itik moden dan lainlain.

“Petani juga akan diberi insentif untuk memproses hasil pertanian bagi meningkatk­an nilai tambahnya untuk eksport.

“Dana insentif tersebut pada tahun ini telah digunakan sepenuhnya dan saya mengalu-alukan para petani untuk memohon insentif ini lebih awal bagi tahun 2021,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sesi dialog dengan pemimpin Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Dudong yang turut dihadiri ketua masyarakat, ketua kaum dan kapitan di konsituens­i Dudong di pejabatnya di sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi SUPP Cawangan Dudong Wong Ching Yong dan Ketua Pemuda SUPP Cawangan Bukit Assek Kaunselor Joseph Chieng.

Pada sesi tersebut, Wong turut memohon kepada Jabatan Pertanian Bahagian

“Dana insentif tersebut pada tahun ini telah digunakan sepenuhnya dan saya mengalu-alukan para petani untuk memohon insentif ini lebih awal bagi ” tahun 2021. Heidylia Joshua Pengarah Jabatan Pertanian Bahagian Sibu

Sibu agar seminar berkenaan pertanian moden diadakan di kawasan Dudong pada masa akan datang.

Heidylia pada masa sama juga bersetuju untuk menganjurk­an sekurang kurangnya sembilan seminar mengenai pertanian moden di rumah-rumah panjang di Dudong.

“Saya akan mengemukak­an cadangan seminar itu supaya ia dapat diadakan dengan secepat mungkin di rumahrumah panjang terpilih kelak di kawasan Dudong.

“Sektor pertanian dilihat mampu menjana pendapatan kepada penduduk luar bandar dan inilah peluangnya bagi mereka mendengar serta mendapat pengetahua­n mengenainy­a bagi mengembang­kan lagi pendapatan mereka,” kata Wong.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Heidylia (duduk, tiga kiri), Wong (duduk, dua kiri), Chieng (duduk, kiri) serta yang lain pada sesi dialog di Sibu, semalam.
UNTUK ALBUM: Heidylia (duduk, tiga kiri), Wong (duduk, dua kiri), Chieng (duduk, kiri) serta yang lain pada sesi dialog di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia