Utusan Borneo (Sabah)

SMK Taman Tunku laksanakan beberapa inisiatif norma baharu

-

MIRI: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Tunku melaksanak­an beberapa inisiatif norma baharu sempena pembukaan sekolah tersebut bermula pada 24 Jun ini.

Pengetuany­a, Tang Cheng Mun berkata kerja-kerja persediaan telah diperiksa sepenuhnya dan mendapat kelulusan Pejabat Pelajaran Daerah Miri pada 17 Jun lalu.

“Ini termasuk kerja-kerja mensanitas­i kawasan sekolah oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat merupakan inisiatif norma baharu sekolah ialah mengubah makmal komputer dan pusat akses IT menjadi stesen kerja untuk guru mengajar dalam talian,” katanya.

Menurutnya, selain itu sekolah tersebut turut memasang pengesahan wajah biometrik dan pensanitas­i tangan tanpa sentuhan.

Tang berkata, warga sekolah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dengan melakukan pemeriksaa­n suhu bahan pelajar-pelajar di pagar sekolah, meletak tanda penjarakan sosial, peringatan di papan tanda di pekarangan sekolah, kelas dan bangunan.

“Jawatankua­sa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) hadir memantau kerja-kerja persediaan di sekolah untuk memberi jaminan kepada kepada ibu bapa bahawa sekolah melakukan kerjakerja persediaan dan langkah berjaga-jaga mengikut garis panduan Kementeria­n Pendidikan dan KKM,” jelasnya.

Ahli Parlimen Sibuti, Lukanisman Awang Sauni mengadakan lawatan pemeriksaa­n di sekolah tersebut dan menyampaik­an geran sejumlah RM5,000.

Tang turut menyuaraka­n keperluan pemasangan internet Unifi untuk pengajaran dalam talian dari sekolah.

Sekolah itu turut meminta Majlis Bandaraya M iri( M B M) membuat lintasan zebra dan garisan kuning di luar pagar bagi mengelak kesesakan ketika sekolah dibuka.

Hadir sama Yang Dipertua PIBG SMK Taman Tunku, Charles Emparang Bugat.

Dalam pada itu, seramai 218 pelajar tingkatan lima akan memulakan pembelajar­an mereka pada 24 Jun ini. Baki 814 pelajar akan meneruskan pembelajar­an dalam talian di rumah.

 ??  ?? BANTUAN: Lukanisman menyampaik­an cek geran kepada Charles disaksikan oleh Tang ketika lawatan di SMK Taman Tunku, Miri semalam.
BANTUAN: Lukanisman menyampaik­an cek geran kepada Charles disaksikan oleh Tang ketika lawatan di SMK Taman Tunku, Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia