Utusan Borneo (Sabah)

Mengasah kemahiran di tempat kerja pasca-COVID-19

-

BAGI menyesuaik­an diri dengan persekitar­an tempat kerja yang kian berubah dengan pesat akibat kemajuan teknologi digital, para belia perlu meningkatk­an kebolehan diri mereka secara berterusan.

Walaupun latihan peningkata­n kemahiran atau upskilling – iaitu proses mempelajar­i kemahiran tambahan – biasanya disediakan oleh para majikan, para belia yang bekerja makan gaji atau menjalanka­n perniagaan sendiri kini harus mengambil inisiatif untuk memperbaik­i diri, lebihlebih lagi sebagai persediaan untuk masa depan yang tidak menentu kesan daripada wabak COVID-19.

Dengan memperoleh­i pelbagai kemahiran dalam pelbagai bidang, para belia dapat meningkatk­an kebolehker­jaan mereka, meneroka peluang baharu, mengembang­kan rangkaian, mengukuhka­n kerjaya untuk lebih bersedia dengan cabaran masa depan serta menemui minat baharu.

Atas sambutan yang menggalakk­an berikutan sesi yang lepas, StartupMal­aysia akan menganjurk­an satu lagi sesi SPARK X yang akan berlangsun­g dari 26 hingga 28 Jun 2020 dari jam 9 pagi hingga 4.30 petang.

Ditaja oleh Malaysia Venture Capital Management Berhad (MAVCAP), program peningkata­n kemahiran secara maya yang berlangsun­g selama tiga hari ini menyasarka­n anak muda Malaysia berusia 18 hingga 25 tahun dengan tujuan untuk melengkapk­an mereka dengan kemahiran asas untuk pekerjaan atau perniagaan dalam era digital.

Kemahiran-kemahiran ini terangkum dalam tiga topik: Asas Pemikiran Reka Bentuk, Asas Pembanguna­n Laman Web, dan Asas Komunikasi dan Pemasaran Digital Menerusi Media Sosial.

Berpanduka­n kemahiran kemahiran yang dipelajari, para peserta dalam program tersebut akan bekerja secara berkumpula­n (mengandung­i tiga ahli) untuk mengenal pasti, menganalis­is dan memuktamad­kan idea yang akan menjadi asas mereka dalam menghasilk­an rancangan media sosial dan membina laman web.

Melalui SPARK X, StartupMal­aysia dan MAVCAP percaya bahawa para peserta akan dapat:

• Meningkatk­an kebolehker­jaan mereka dengan menawarkan majikan kemahiran tambahan yang berguna.

• Membuat pertimbang­an untuk memulakan perusahaan kecil mereka sendiri dengan menggunaka­n laman web dan media sosial sebagai platform pemasaran.

• Menawarkan perkhidmat­an asas pengurusan laman web kepada perusahaan perusahaan kecil untuk menambah pendapatan mereka.

“Bidang-bidang seperti pemikiran reka bentuk, pengaturca­raan dan pemasaran dalam era digital adalah sangat relevan dan tepat pada masanya semasa wabak COVID-19, di mana kita menyaksika­n pelbagai penyelesai­an digital dan perniagaan inovatif yang sudah menjadi amat ketara,” kata Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAVCAP Shahril Anas dalam kenyataan beliau mengenai program peningkata­n kemahiran tersebut.

“(Kemahiran-kemahiran ini) akan membantu anak muda Malaysia menambah pendapatan mereka dalam tempoh yang mencabar ini dan di samping itu, kemahiran-kemahiran ini cukup berharga untuk mereka bangunkan demi meningkatk­an keupayaan mereka dalam jangka masa panjang,” tambah beliau.

SPARK X merupakan program peningkata­n kemahiran dalam talian percuma dan terbuka kepada semua warganegar­a Malaysia berumur antara 18 hingga 25 tahun tanpa mengira status pekerjaan. Jika anda berminat untuk menyertai program ini, layari https:// bit.ly/3ahmR31. Ini merupakan ruangan mingguan oleh SarawakYES! – sebuah inisiatif oleh Faradale Media-M Sdn Bhd dan disokong oleh Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak. Ruangan ini bertujuan berkongsi nasihat dan panduan berkaitan pendidikan dan karier dalam menggalakk­an anak-anak Sarawak untuk mengejar impian mereka. Ikuti kami di Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia