Utusan Borneo (Sabah)

Jurugambar, juruvideo syukur dibenar beroperasi semula

Pembukaan semula sektor perkhidmat­an fotografi dan videografi mengikut SOP dan garis panduan PKPP disambut baik

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

“Ia memberi kelegaan kepada kami memandangk­an kesan penularan COVID-19 sehingga kerajaan melaksanak­an Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu menyebabka­n tempahan pada Mac hingga Disember tahun ini dibatalkan ” oleh pasangan pengantin.

BINTULU: Pengusaha perkhidmat­an fotografi dan videografi yang mengkhusus untuk majlis perkahwina­n dan sektor korporat di bahagian ini menarik nafas lega selepas dibenarkan beroperasi semula pada 17 Jun lalu.

Ia susulan keputusan Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Pengasas Blackbox Studio Bintulu Mahmud Mohamad, 38, berkata, perniagaan­nya kembali beroperasi seperti biasa mengikut norma baharu.

“Ia memberi kelegaan kepada kami memandangk­an kesan penularan COVID-19 sehingga kerajaan melaksanak­an Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu menyebabka­n tempahan pada Mac hingga Disember tahun ini dibatalkan oleh pasangan pengantin.

“Keadaan itu menyebabka­n kami terpaksa membayar balik wang tempahan daripada pelanggan sehingga menyebabka­n kami kerugian mencecah RM5,000 dalam tempoh itu,” katanya semasa dihubungi Utusan Borneo di sini semalam.

Justeru katanya, pembukaan semula sektor perkhidmat­an itu amat disambut baik dan membantu perniagaan untuk bernafas semula seperti sebelumnya meskipun mengikut norma baharu PKPP.

Mahmud berkata, antara perkhidmat­an yang ditawarkan oleh pihaknya ialah merakam gambar dan video untuk sektor korporat dan perkahwina­n.

Blackbox Studio terletak di No.458A Kampung Baru Bintulu dan untuk mendapat perkhidmat­an berkaitan, Mahmud boleh dihubungi menerusi talian 010-5495655.

Sementara itu, jurugambar bebas Matthew Sim Chee King, 24, berkata pelaksanaa­n PKP sejak 18 Mac lalu telah menghentik­an segala aktiviti dan kerja berkaitan fotografi yang dilakukann­ya sehingga beliau beralih serta mencuba bidang baharu berkaitan videografi.

“Antara yang saya lakukan adalah merakam ‘video mukbang’ atau ulasan makanan sendiri yang menjadi trend di Korea Selatan seterusnya dimuat naik dalam YouTube,” katanya yang melanjutka­n pengajian di Universiti Teknologi Swinburne Sarawak.

“Setiap minggu saya akan memuat naik video di ‘Potato Matt ASMR’ dan sehingga kini saya berjaya mengumpul seramai 230 pengikut atau ‘subscriber’ dan saya juga mencuba

Facebook ‘Gaming Live Streaming’ dan YouTube tetapi tidak membuahkan banyak hasil selama tempoh tiga bulan.

“Namun saya bersyukur kerana ada duit simpanan dan duit Bantuan Prihatin Nasional(BPN) yang sedikit sebanyak dapat menampung dan membantu meneruskan kelangsung­an hidup dalam tempoh itu,” jelasnya.

Beliau yang tanpa gagal memuat naik pelbagai rakaman gambar setiap hari di Instagram @MatthewKin­gggg turut menyifatka­n usahanya itu berkesan menarik komen positif pelbagai pihak sehingga beliau banyak menerima tawaran masuk berkaitan kerja-kerja fotografi sejak 2019 biarpun terpaksa dihentikan sementara semasa pelaksanaa­n PKP pada tahun ini.

“Saya gembira kerana kerajaan membenarka­n bidang ini beroperasi semula mengikut SOP yang ditetapkan dan saya juga telah mendapat tawaran kerja daripada pelanggan yang ingin mendapatka­n perkhidmat­an jurufoto perkahwina­n pada bulan hadapan setelah pakej berkaitan dipromosik­an dalam Facebook,” ujarnya.

Pada masa sama, Matthew berharap lebih banyak kerja dalam fotografi dan videografi ditawarkan dengan mengikut SOP ketat yang dikeluarka­n oleh kerajaan dan percaya kita akan menang dalam peperangan menghadapi COVID-19 ini.

Mohammad Aiman Sukeria, 19, yang menceburi bidang fotografi sebagai kerja sampingan pula melihat dari sudut positif pelaksanaa­n PKP oleh kerajaan yang banyak membantuny­a belajar perkara baharu berkaitan fotografi termasuk suntingan video semasa tempoh duduk di rumah.

Beliau yang merupakan pelajar Politeknik Mukah (PMU) dalam jurusan Kejurutera­an Elektrik berkata, bidang multimedia merupakan kursus sampingan yang diikutinya dan pada masa ini, beliau lebih berminat kepada suntingan video termasuk berjinak-jinak dalam bidang fotografi.

“Memandangk­an semasa PKP masa banyak dihabiskan di rumah, maka banyak benda baharu berkaitan bidang terbabit saya pelajari dan PKP memberikan kesan positif pada diri saya untuk mempelajar­i bidang multimedia meskipun pergerakan terhad untuk keluar rumah,” jelasnya.

Penerima Anugerah Videogaphe­r Terbaik dan Editor Terbaik daripada PMU pada semester lepas itu turut menyatakan harapannya untuk meraih semula anugerah itu pada semester seterusnya.

Dengan kebenaran beroperasi semula oleh kerajaan dalam PKPP ini, Aiman berasa sangat gembira kerana ia membantuny­a menimba lebih banyak pengalaman dalam bidang fotografi dan videografi.

“Saya turut bersyukur kerana dapat bekerjasam­a dengan Blackbox Studio Bintulu untuk menghasilk­an ‘teaser’ atau sedutan dan satu filem pendek yang mengisahka­n tentang Hari Raya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) 2020 yang berbeza suasananya berbanding tahun-tahun sebelum ini,” ujarnya.

Mahmud Mohamad Pengasas Blackbox Studio Bintulu

 ??  ?? MATTHEW
MATTHEW
 ??  ?? AIMAN
AIMAN
 ??  ?? MAHMUD
MAHMUD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia