Utusan Borneo (Sabah)

Lampu isyarat di bulatan akan kurangkan kesesakan trafik di Kota Samarahan: Minos

-

KUCHING: Masalah kesesakan trafik di Kota Samarahan dapat dikurangka­n apabila kerja-kerja pemasangan lampu isyarat di lima bulatan di kawasan itu siap dilaksanak­an kelak.

Pengerusi Majlis Perbandara­n Kota Samarahan (MPKS) Datuk Peter Minos berkata tender projek yang menelan kos RM60 juta telah dibuka kepada umum oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Tiga daripada bulatan yang akan dipasang lampu isyarat ini adalah di bawah bidang kuasa MPKS, manakala dua lagi di bawah Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

“Projek ini sudah lama dinanti oleh penduduk di Kota Samarahan ini dan apabila siap kelak ia akan dapat meringanka­n kesesakan trafik dalam kawasan ini,” katanya kepada Utusan Borneo.

Tambah Minos, masalah kesesakan trafik telah lama membelengg­u penduduk di kawasan terbabit dan bertambah parah dari tahun ke tahun disebabkan pertambaha­n jumlah penduduk dan kenderaan.

Keadaan ini katanya, bertambah teruk pada waktu puncak di mana pengguna terpaksa menempuh kesesakan selama lebih satu jam untuk sampai ke destinasi.

“Rakyat telah lama menunggu untuk pemasangan lampu isyarat ini yang mana telah diluluskan Ketua Menteri pada jamuan ulang tahun MPKS tahun 2018.

“Kita berharap pihak kontraktor yang dilantik JKR akan dapat memulakan kerjakerja pemasangan dalam masa terdekat ini sebelum hujung tahun ini,” katanya.

Mengenai cadangan projek Transit Aliran Autonomi (ART) dari Kuching hingga Kota Samarahan, Minos berkata MPKS akan bekerja rapat dan memberi kerjasama penuh kepada pemaju dan jurupromos­inya.

Semua rakyat di Kota Samarahan katanya, mahu dan perlukan projek ART ini kerana sebaik dilaksana dan siap kelak ia akan menyelesai­kan masalah trafik di kawasan yang pesat membangun ini.

“Kesakitan terbesar kita di Samarahan adalah masalah kesesakan trafik teruk dan ia perlu diselesaik­an demi kepentinga­n penduduk dan untuk pembanguna­n masa depan di sini,” katanya.

Dalam pada itu, lima bulatan yang terlibat bagi pemasangan lampu isyarat ialah laluan di Jalan Setia RajaKota Samarahan, StutongKot­a Samarahan, Institut Latihan Perindustr­ian (ILP), Pusat Jantung Sarawak dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Kota Samarahan kini mempunyai lebih daripada 45,000 kediaman dengan populasi penduduk seramai lebih 200,000 orang selain turut menjadi lokasi bagi institusi pengajian tinggi (IPT).

 ??  ?? DI SINI: Bulatan berdekatan UNIMAS antara yang akan dipasang lampu isyarat bagi meringanka­n kesesakan trafik.
DI SINI: Bulatan berdekatan UNIMAS antara yang akan dipasang lampu isyarat bagi meringanka­n kesesakan trafik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia