Utusan Borneo (Sabah)

Semua gereja Katolik tidak dibuka hujung minggu ini, masa diguna latih SOP: Simon

-

KUCHING: Uskup Agung Roman Katolik Kuching Simon Poh berkata semua gereja Katolik di bawah bidang kuasa keuskupann­ya tidak akan dibuka pada hujung minggu ini meskipun pembukaan semula gereja dengan kapasiti 250 orang dibenarkan mulai 20 Jun ini.

Beliau berkata, keuskupan menyambut baik pengumuman pembukaan gereja dengan memperting­katkan kapasiti kepada 250 orang.

“Cuma kami akan menggunaka­n tempoh ini untuk melatih pasukan perkhidmat­an gereja mengenai prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan keselamata­n semua pengunjung gereja apabila kami sudah bersedia dalam masa seminggu atau dua minggu lagi.

“Kita menyambut baik peningkata­n kapasiti yang diumumkan, namun akan menggunaka­n jumlah awal yang dibenarkan seramai 100 peserta pada upacara dan untuk mencuba sistem pendaftara­n dalam talian kami,” katanya dalam kenyataan, Rabu lepas.

Simon berkata, beliau mengalu-alukan kebenaran jumlah peserta yang lebih kecil bagi membolehka­n kakitangan mereka membiasaka­n SOP oleh pelbagai pasukan termasuk pemeriksaa­n, pembasmian kuman dan sebagainya di premis gereja terutama selepas upacara gereja.

“Dengan cara ini, kami berharap dapat memastikan mereka terlatih dan dilengkapi sepenuhnya pematuhan SOP kami untuk beberapa minggu pertama sebelum membuka semula gereja yang kapasiti 250 orang,” katanya yang juga Pengerusi Persatuan Gereja-Gereja Sarawak (ACS).

Bagaimanap­un, Simon berkata beliau mengalualu­kan keputusan untuk membenarka­n 250 orang peserta pada upacara keagamaan tetapi menasihatk­an dalam memo kepada ketua cawangan ACS di negeri ini untuk ‘bertindak secara konservati­f’ pada peringkat awal ini ekoran pandemik COVID-19.

“Pengumuman mengenai peningkata­n kapasiti adalah berita baik kerana banyak gereja berdepan dengan kesukaran untuk menampung ramai orang Kristian yang telah menyuaraka­n keinginan untuk kembali beribadat semula di gereja,” katanya.

Beliau berkata, mereka akan memantau statistik Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dengan dekat bagi kes jangkitan COVID-19 dan kluster virus semasa.

“ACS dan semua gereja komited untuk menyediaka­n persekitar­an yang selamat bagi jemaah beribadat dengan melaksanak­an SOP dan melangkah dengan bijaksana demi kebaikan semua rakyat di Sarawak dan di negara kita,” kata Simon.

Pada Rabu, UNIFOR mengeluark­an kenyataan kehadiran maksimum penganut semasa upacara keagamaan agama-agama lain dipertingk­atkan kepada 250 orang pada satu-satu masa.

Menurut UNIFOR, ia selaras dengan ketetapan yang telah dipersetuj­ui JPBNS membenarka­n majlis-majlis anjuran kerajaan dan swasta dipertingk­atkan kepada 250 orang mengikut kapasiti ruang tempat penganjura­n dengan mengambil kira penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter.

Sebelum ini, UNIFOR telah menetapkan garis panduan untuk kehadiran maksimum penganut menghadiri upacara keagamaan dengan tidak melebihi 100 orang pada satu-satu masa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia