Utusan Borneo (Sabah)

Wujudkan jawatankua­sa pengelola jika hendak anjur ibadah korban

-

KUCHING: Jawatankua­sa pengelola perlu diwujudkan dan berdaftar dengan Pejabat Agama Islam Bahagian jika hendak menganjurk­an ibadah korban.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, ia bagi memastikan penganjura­n ibadah korban pada tahun ini mematuhi garis panduan yang ditetapkan Majlis Islam Sarawak (MIS).

Selain itu tegasnya, masjid dan surau yang akan menjalanka­n ibadah korban juga perlu mendapat permit penyembeli­han ternakan daripada Pejabat Veterinar Negeri atau mana-mana Pejabat Veterinar Daerah.

“Malah, pembekal binatang korban hendaklah memperoleh i sijil kesihatan veterinar daripada Pejabat Veterinar Negeri atau mana-mana Pejabat Veterinar Daerah,” katanya dalam kenyataan kelmarin.

Pada masa sama, Dr Rahman yang juga Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) berkata, jumlah individu yang dibenarkan adalah 10 orang bagi penyembeli­han, melapah 20 individu), pemotongan, penimbanga­n dan bungkusan (10 individu), manakala peserta dan penerima (maksimum 20 orang).

“Mana-mana individu yang disahkan COVID-19 atau baru sembuh dengan notis kuarantin atau mempunyai gejala adalah dilarang hadir,” tambahnya.

Selain itu, beliau memberitah­u tapak penyembeli­han mestilah sesuai, bersih dan selamat serta tidak berhampira­n saliran awam (parit dan longkang) dan dibenarkan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Dalam pada itu, Dr Rahman menjelaska­n majlis akad nikah boleh dijalankan di masjid dan surau terpilih.

“Jika sebelum ini majlis akad nikah hanya dibenarkan di Pejabat Agama Islam Bahagian/Daerah, kini kebenaran telah diberikan untuk melangsung­kan upacara ini di masjid atau surau terpilih.

“Bagaimanap­un beberapa garis panduan perlu dipatuhi termasuk hanya dijalankan di masjid atau surau yang diluluskan JAIS, maksimum kehadiran ialah 20 orang termasuk pasangan pengantin, jurunikah dan saksi serta akad nikah dilangsung­kan tanpa berjabat tangan antara pengantin lelaki dengan wali atau pendaftar/penolong pendaftar NCR,” ujarnya.

Katanya lagi, garis panduan lain termasukla­h tiada upacara lain seperti membatalka­n air sembahyang dan memasang cincin dan had masa majlis akad nikah hendaklah tidak melebihi 20 minit.

Menurut beliau, majlis hendaklah dibatalkan sekiranya ada dikalangan individu yang mengalami simptom dan disahkan positif COVID-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia