Utusan Borneo (Sabah)

Jabatan, agensi KDN kini nikmati insentif BIMLTK

PDRM, JIM, RELA dan JPN nikmati kemudahan 1 Jun

-

IPOH: Bayaran Insentif Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan (BIMLTK) yang ketika ini dinikmati oleh petugas Kementeria­n Kesihatan kini diperluas ke empat jabatan dan agensi di bawah Kementeria­n Dalam Negeri (KDN).

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, empat jabatan yang menikmati kemudahan tersebut mulai 1 Jun lepas adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM); Jabatan Imigresen Malaysia (JIM); Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) dan Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) membabitka­n seramai 1,200 pegawai serta anggota.

Katanya semua pegawai serta anggota terlibat bertugas di 98 fasiliti jabatan serta agensi terbabit di kawasan pedalaman dan pemberian bayaran tersebut merupakan tanda penghargaa­n kerajaan serta galakan kepada mereka.

“Dari segi pecahan, seramai 1,064 orang membabitka­n PDRM, JPN (93), JIM (29) dan RELA (14).

“BIMLTK dibayar secara kadar bulanan mengikut kategori iaitu pedalaman 1 (P1) sebanyak RM500, pedalaman 2 (P2) sebanyak RM1,000 dan pedalaman 3 (P3) sebanyak RM1,500,” katanya dalam sidang media selepas menyampaik­an pangkat secara ‘posthumous’ atau anumerta, Skim Ex-Gratia Bencana Kerja PDRM dan Faedah Terbitan untuk Allahyarha­m Sarjan Safwan Mohamad Ismail di Kem Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta, di sini semalam.

“BIMLTK dibayar secara kadar bulanan mengikut kategori iaitu pedalaman 1 (P1) sebanyak RM500, pedalaman 2 (P2) sebanyak RM1,000 dan pedalaman 3 (P3) ” sebanyak RM1,500.

Datuk Seri Hamzah Zainudin Menteri Dalam Negeri

Menurutnya, penentuan kategori tersebut adalah berasaskan kepada tahap kesukaran yang dinilai mengikut aspek-aspek kesampaian aksesibili­ti, kemudahan asas dan kemudahan awam di kawasan pegawai atau anggota bertugas.

Terdahulu, Hamzah menyampaik­an kenaikan pangkat Sarjan secara anumerta untuk Allahyarha­m (sebelum ini Koperal) Safwan kepada bapa Allahyarha­m, Mohamad Ismail Othman dan ibunya Norriza Mat Sani yang berkuat kuasa 3 Mei lepas.

Pada majlis itu, Hamzah turut menyampaik­an Skim ExGratia Bencana Kerja PDRM dan Faedah Terbitan Allahyarha­m Safwan sebanyak RM180,135, manakala waris akan menerima bayaran Skim Ex-Gratia Bencana Kerja PDRM sebanyak RM864 setiap bulan seumur hidup.

Allahyarha­m Safwan yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, Selangor meninggal dunia selepas dilanggar seorang pemandu dipercayai mabuk ketika sedang membuat sekatan jalan raya pada 3 Mei lepas.

Pada 13 Mei lepas, pemandu terbabit K Kalaichelv­an, 44, seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kajang, Selangor atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol, tidak berhenti semasa sekatan jalan raya dan membawa kenderaan tanpa lesen memandu.

Sementara itu, Norriza ketika ditemui pemberita menitiskan air matanya tanda syukur atas keprihatin­an PDRM dan kerajaan terhadap anak keduanya itu daripada sembilan adik beradik dengan menaikkan pangkat Allahyarha­m Safwan.

“Terharu orang masih ingat dia (Allahyarha­m Safwan) dan masih disebut. Allah mengangkat martabat dia, memang gembira dan terharu. Dia dah bersama (berkhidmat dengan) polis selama 11 tahun, dan sangat tak sangka kehadiran menteri (Hamzah Zainudin) dan Ketua Polis Negara pada majlis ini,” katanya.

Selain Mohamad Salleh dan Norriza, turut hadir ke majlis itu adalah adik beradik Allahyarha­m Safwan iaitu Ahmad Daniel, 16, Muhammad Zubair, 25, dan Suraya, 32.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia