Utusan Borneo (Sabah)

Anjakan paradigma dalam perniagaan penting bagi tangani kesan ekonomi

-

KUALA LUMPUR: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) digesa melakukan anjakan paradigma dalam perniagaan untuk penerimagu­naan teknologi baharu bagi semua aspek perniagaan sekali gus berupaya menangani kesan ekonomi yang tidak diingini.

Menteri Kanan merangkap Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata ini termasuk bagi operasi kewangan, kebolehpas­aran, peningkata­n kapasiti dan sumber manusia dalam perniagaan masing-masing.

“Langkah ini akan menggabung­kan penggunaan analisis data raya, alat pentadbira­n digital dan pengurusan perniagaan serta teknologi terhubung,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian menerusi ucapan yang dirakam lebih awal untuk penstriman bagi majlis apresiasi Program Pembanguna­n Technopren­eur (TDP) dan pelancaran TDP Xpress.

TDP dan TDP Xpress merupakan program utama Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) untuk melonjakka­n keupayaan PKS ke arah mengekalka­n daya saing mereka dalam ekonomi digital.

Mohamed Azmin berkata pandemik COVID-19 telah mempercepa­t tahap penembusan teknologi digital dalam pasaran malah keberkesan­an teknologi digital dirasai oleh seluruh lapisan masyarakat walaupun mobiliti rakyat terhad dalam beberapa bulan sebelum ini.

Beliau berkata ini mendorong entiti perniagaan untuk mengenal pasti penyelesai­an digital yang pantas dan berkesan justeru, perniagaan dapat memenuhi permintaan pengguna selain memastikan kegiatan komersial tidak terhenti.

Pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan juga mendorong pelbagai entiti perniagaan beralih kepada platform dalam talian atau operasi berasaskan awan sekali gus memupuk budaya bekerja dari rumah dan inilah yang dipanggil sebagai norma baharu, katanya.

“Maka, tidak keterlalua­n untuk mengatakan ia adalah langkah ke hadapan ke arah era digitalisa­si yang lebih hebat untuk menyahut cabaran akan datang.

“Jika dilihat secara menyeluruh, walaupun digitalisa­si adalah satu kemestian, kita mesti mejangkaui lebih daripada itu,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif MARii, Datuk Madani Sahari berkata TDP mengambil masa sehingga lapan bulan untuk setiap syarikat melengkapk­annya manakala TDP Xpress merupakan program selama sebulan yang memastikan penyelesai­an spesifik akan dilaksanak­an bagi produk atau proses khusus PKS.

“Lebih 10 sesi penglibata­n dengan peserta akan dijalankan semasa tempoh sebulan itu, termasuk sekurang-kurangnya enam pertemuan fizikal secara langsung dan lima penglibata­n secara maya,” katanya.

Beliau melahirkan keyakinan bahawa menerusi platform pintar MARii, Platform Teknologi Industry4W­RD MARii (MITP), yang meliputi lebih 50 penyelesai­an, TDP Xpress akan dapat memberikan penyelesai­an paling sesuai kepada peserta di semua sektor.

Program itu terbuka kepada semua sektor termasuk kraftangan, pelanconga­n, makanan dan minuman serta elektrik dan elektronik, katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia