Utusan Borneo (Sabah)

Ekspatriat pengurusan tertinggi kini dibenar masuk Malaysia

-

PUTRAJAYA: Kerajaan kini membenarka­n ekspatriat melibatkan pengurusan tertinggi masuk ke Malaysia tanpa perlu memohon kebenaran Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata mereka perlu menjalani ujian saringan COVID-19 di negara asal sebelum berlepas ke Malaysia atau menjalani saringan sejurus tiba di pintu masuk negara.

“Ekspatriat ini adalah daripada Kategori EP1, Profession­al Visit Pass dan Residen Pass Talent yang melibatkan pengurusan tertinggi seperti pengarah urusan syarikat,” katanya pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini, semalam.

Ismail Sabri menjelaska­n Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) sedang memperhalu­si senarai negara Zon Hijau, dan individu yang datang dari negara berkenaan tidak perlu menjalani proses kuarantin wajib 14 hari.

Namun, beliau berkata mereka perlu memuat turun dan menggunaka­n Aplikasi MySejahter­a untuk proses pemantauan.

“Bagi mereka yang berada di negara bukan Zon Hijau, mereka perlu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari. Bagi ekspatriat Kategori EP2 dan EP3 pula, Jabatan Imigresen Malaysia sedang membuat pertimbang­an bagi proses kemasukan semula ke Malaysia,” katanya.

Ismail Sabri berkata bagi pakar teknikal asing yang diperlukan untuk kerjakerja membaiki mesin, kapal dan lain-lain, mereka perlu memohon Pas Lawatan Profesiona­l melalui Bahagian Khidmat Ekspatriat (ESD) secara dalam talian terlebih dahulu.

“Mereka perlu menjalani saringan COVID-19 di negara asal ataupun di pintu masuk negara dan memuat turun aplikasi MySejahter­a untuk proses pemantauan.

Bagi mereka dari Zon Hijau, mereka tidak perlu menjalani proses kuarantin wajib 14 hari,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata kerajaan juga bersetuju untuk membenarka­n warga Singapura (menetap di Singapura sahaja) dan warga Brunei (menetap di Brunei sahaja) memasuki pintu sempadan negara tanpa perlu membuat permohonan kepada JIM serta tidak perlu menjalani saringan COVID19 dan kuarantin di rumah.

Tegasnya, kebenaran itu tertakluk kepada kelonggara­n sama diberikan kepada rakyat Malaysia oleh kerajaan Singapura dan Brunei (dasar timbal balik) serta perbincang­an lanjut Kementeria­n Luar bersama rakan sejawatnya.

Mengenai pelawat asing bagi tujuan pelanconga­n kesihatan, Ismail Sabri berkata mereka perlu melalui KKM dan mendaftar dengan Majlis Pelanconga­n Penjagaan Kesihatan Malaysia (MHTC) serta menjalani saringan COVID-19 di negara asal atau setibanya di Malaysia.

“Mereka tidak perlu dikuaranti­n wajib dan perlu dibawa terus ke hospital. Mereka juga dibenarkan untuk membawa seorang penjaga bersama dan perlu memuat turun aplikasi MySejahter­a,” katanya.

Ismail Sabri berkata bagi pelajar antarabang­sa yang belajar di institut pengajian tinggi awam, swasta dan sekolah antarabang­sa di negara ini, kerajaan akan merujuk kepada senarai pelajar Kementeria­n Pengajian Tinggi dan Kementeria­n Pendidikan Malaysia bagi tujuan pengesahan.

Pelajar berkenaan, tegas beliau, perlu membuat saringan COVID-19 di negara asal ataupun sejurus tiba di pintu masuk negara dan mereka perlu menjalani proses kuarantin wajib 14 hari di kediaman mereka serta memuat turun aplikasi MySejahter­a.

Ismail Sabri berkata bagi pelajar yang ingin menyambung pengajian ke luar negara, mereka tidak perlu mengemukak­an permohonan kepada JIM tetapi hanya perlu mengemukak­an bukti pendaftara­n pengajian di kaunter imigresen di lapangan terbang.

“Bagi rakyat Malaysia yang mempunyai keperluan untuk ke luar negara atas urusan kecemasan ataupun perniagaan, mereka perlu mengemukak­an bukti dokumentas­i kepada pegawai imigresen di lapangan terbang,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? SIDANG MEDIA: Ismail Sabri pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Putrajaya semalam. Kerajaan kini membenarka­n ekspatriat melibatkan pengurusan tertinggi masuk ke Malaysia tanpa perlu memohon kebenaran Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
— Gambar Bernama SIDANG MEDIA: Ismail Sabri pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Putrajaya semalam. Kerajaan kini membenarka­n ekspatriat melibatkan pengurusan tertinggi masuk ke Malaysia tanpa perlu memohon kebenaran Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia