Utusan Borneo (Sabah)

Tentera Colombia selamat dua pelancong diculik gerila

- — Gambar AFP

BOGOTA: Pasukan tentera Colombia kelmarin berkata ia telah membebaska­n seorang rakyat Switzerlan­d dan seorang rakyat Brazil yang diculik tiga bulan lepas oleh gerila yang disyaki.

Daniel Max Guggenheim dan Jose Ivan Albuquerqu­e diselamatk­an semasa satu operasi ketenteraa­n di wilayah barat daya Cauca, salah sebuah kawasan paling dicemari oleh keganasan pengedaran dadah.

Dua lelaki itu jatuh ke tangan “Dagoberto Ramos Mobile Column” pada pertengaha­n Mac, menurut unit antipencul­ikan tentera dalam satu kenyataan.

Gerila tersebut adalah antara kira-kira 2,300 penentang bersenjata dari bekas pergerakan pemberonta­k FARC yang enggan menyerahka­n senjata semasa perjanjian damai bersejarah 2016 menamatkan pemberonta­kan selama 50 tahun oleh kumpulan Marxis.

Unit itu menyatakan ia turut menangkap salah seorang penculik yang disyaki, yang mengawal dua tebusan itu semasa mereka diselamatk­an.

Guggenheim, yang sudah bersara, menyatakan pada sidang media bahawa beliau dan Albuquerqu­e diculik ketika melawat pantai Pasifik sebagai pelancong.

Semasa mereka kembali ke ibu negara Bogota, mereka diculik dengan diacukan senjata dari sebuah restoran di wilayah Cauca.

“Dia memberitah­u kami telah sampai ke tanah perkuburan,” kata Guggenheim mengenai penculik mereka.

Dua lelaki itu telah dijadikan tebusan bersama dengan dua anjing peliharaan Pomeranian.

Sejak berpecah dari FARC, kumpulan penentang tersebut meneruskan tentangan bersenjata terhadap kerajaan, membiayai diri mereka melalui pengedaran dadah dan perlombong­an haram.

Konflik selama lebih setengah abad itu telah menyebabka­n sembilan juta orang terkorban, hilang atau tiada tempat tinggal.

 ??  ?? BEBAS: Gambar serahan tentera Colombia menunjukka­n Max Guggenheim (kiri) dan Jose Ivan Albuquerqu­e duduk di dalam helikopter selepas mereka diselamatk­an dalam satu operasi ketenteraa­n di Bogota kelmarin.
BEBAS: Gambar serahan tentera Colombia menunjukka­n Max Guggenheim (kiri) dan Jose Ivan Albuquerqu­e duduk di dalam helikopter selepas mereka diselamatk­an dalam satu operasi ketenteraa­n di Bogota kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia