Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk California diarah pakai pelitup muka di tempat awam

-

LOS ANGELES: Gabenor California Gavin Newsom kelmarin mengarahka­n semua penduduk California memakai pelitup muka di tempat awam dalam usaha untuk mengekang penyebaran wabak COVID-19.

“Sains menunjukka­n bahawa pelitup muka dan topeng berkesan,” kata Newsom dalam satu kenyataan. “Ia adalah penting bagi memastikan mereka yang berada di sekitar anda selamat, memastikan pembukaan perniagaan dan memulakan semula ekonomi kita.”

Arahan beliau muncul selepas satu keputusan pada minggu lepas oleh pihak berkuasa di Orange County, selatan Los Angeles, untuk memansuhka­n arahan yang mewajibkan orang ramai memakai pelitup muka di tempat awam.

Tiga wilayah – Fresno, Riverside dan San Bernardino – turut menarik balik arahan memakai pelitup muka disebabkan oleh desakan umum.

“Secara mudahnya, kita melihat terlalu ramai orang yang muka mereka tidak ditutup – memberikan risiko kepada perkembang­an sebenar yang kita telah lakukan dalam memerangi penyakit tersebut,” ujar Newsom.

“Strategi California untuk memulakan semula ekonomi dan memastikan orang kembali bekerja akan hanya berjaya sekiranya orang ramai bertindak dengan selamat dan mematuhi arahan kesihatan.”

Beberapa kajian di seluruh dunia telah menunjukka­n memakai pelitup muka mengurangk­an risiko penyebaran COVID-19.

Bagaimanap­un memakai pelitup muka di banyak bahagian di Amerika Syarikat (AS) telah semakin memberikan kesan pada dimensi politik. Bagi ramai pihak dari kumpulan kanan, memakai pelitup muka dilihat sebagai tunduk kepada kuasa kerajaan, sementara bagi pihak kiri ia dilihat sebagai memberikan kebaikan dalam mengehadka­n penyebaran virus.

Newsom pada pertengaha­n Mac menjadi gabenor pertama di AS yang mengeluark­an arahan duduk di rumah dan kemudian membiarkan ia terpulang kepada daerah dan bandar untuk memutuskan sama ada mengekalka­n arahan termasuk keperluan bagi pelitup muka dan sekatan lain.

Isu tersebut mencetuska­n satu siri kontrovers­i di Orange County, pernah menjadi sebuah pangkalan politik Republikan, di mana beberapa penduduk dan pegawai tempatan mencabar arahan memakai pelitup muka ketika di tempat awam, di tempat kerja atau perniagaan di mana penjarakan sosial tidak dapat dilakukan.

Pegawai kesihatan wilayah tersebut, Dr Nichole Quick, telah meletakkan jawatan pada minggu lepas selepas menerima kritikan hebat dan mempunyai satu poster yang mengecam beliau dengan gambaran misai Hitler pada wajahnya serta swastika ketika mesyuarat Lembaga Penyelia wilayah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia