Utusan Borneo (Sabah)

Pembikin filem gesa EU kawal gergasi striming seperti Netflix

-

LEBIH 12 orang pengarah filem terkemuka di Eropah telah menyeru kepada Kesatuan Eropah (EU) untuk mengawal gergasi penstriman seperti Netflix dan Amazon.

Kumpulan itu yang diketuai pengarah dari Sepanyol Pedro Almodovar dan pemenang dua anugerah Palme d’Or Cannes, Luc Dardenne, telah meminta untuk mengadakan pertemuan dengan Pesuruhjay­a Pasaran Dalaman EU Thierry Breton dalam sepucuk surat yang dikeluarka­n Rabu lepas.

Kumpulan itu, yang turut merangkumi Cristian Mungiu dari Romania, memberi amaran bahawa eropah akan menjadi “koloni” Amerika Syarikat dan China jika budayanya tidak dilindungi dari “gergasi digital bukan orang Eropah”.

“Amerika memahami pegangan ekonomi dan budaya ini ketika ia memperkena­lkan filemfilem­nya di negara lain dengan Pelan Marshall” selepas Perang Dunia Kedua, kata pengarah itu dalam rayuan mereka kepada Breton.

Namun pada hari ini, Google, Amazon, Facebook, Apple dan Netflix (yang dikenali secara kolektif sebagai GAFAN) “sudah berkembang seribu kali lebih berpengaru­h”, tulis mereka.

Sekatan pergerakan disebabkan oleh koronaviru­s “telah membolehka­n mereka untuk menjadi lebih kaya berbanding selama ini, manakala negara lain dan industri (hiburan) mereka tumbang”, kata surat itu.

Sementara itu, “dengan mengelak cukai, syarikat GAPAN menyumbang sangat sedikit kepada pembiayaan hospital, pendidikan dan semua kelengkapa­n amat penting di negara-negara demokrasi Eropah”, kata mereka.

Pengarah terbabit menggesa EU bersikap berani dan melaksanak­an peraturan yang ketat serta “sekatan sewajarnty­a bagi apa yang menjadi taruhan”, dan menghalang pembuat filem daripada disekat di dalam “laluan sempit yang ditetapkan oleh platform dan analitik data besar mereka”.

Surat itu menyatakan keputusan Eropah untuk menyokong idea bagi “pengecuali­an budaya” dengan kuota dan perlindung­an pada 1990 sudah ditiru oleh 183 buah negara sejak itu.

Ia berkata filem Korea Selatan ‘Parasite’, yang memenangi anugerah Oscar bagi filem terbaik selain anugerah Palme d’Or di Festival Filem Cannes, adalah bukti nyata bagi bagaimana dasar berfungsi dan memperkaya­kan dunia.

Brussels baharu sahaja memulakan reviu bagi bagaimana ia dapat mengawal gergasi teknologi dengan lebih baik, dan Suruhanjay­a Eropah bakal menampilka­n apa yang dipanggil Akta Perkhidmat­an Digital sebelum akhir tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia