Utusan Borneo (Sabah)

Dua wanita rugi RM63,000 ditipu sindiket ‘Phone Scam’, ‘Parcel Scam’

-

BUTTERWORT­H: Dua wanita mengalami kerugian sebanyak RM63,000 selepas masing-masing ditipu sindiket ‘Phone Scam’ dan ‘Parcel Scam’ di daerah Seberang Perai Utara (SPU), kelmarin.

Ketua Polis Daerah SPU ACP Noorzainy Mohd Noor berkata dalam kejadian membabitka­n sindiket Phone Scam, seorang ahli perniagaan berumur 53 tahun itu kerugian RM50,000 selepas menerima panggilan telefon daripada seorang perempuan yang memberitah­u mangsa mempunyai tunggakan cukai dengan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang perlu dijelaskan secepat mungkin.

“Mangsa yang terkejut telah memberikan maklumat akaun bank berserta kata laluan yang kononnya diperlukan oleh pihak polis untuk menyiasat akaun bank mangsa yang terlibat dengan pengubahan wang haram.

“Mangsa juga telah menyerahka­n nombor TAC kepada suspek yang mendakwa dirinya sebagai pegawai polis berpangkat ACP. Mangsa turut dilarang atau diugut untuk tidak menceritak­an hal ini kepada sesiapa,” katanya dalam kenyataan, di sini semalam.

Beliau berkata dalam kes berasingan, seorang penganggur berusia 23 tahun kerugian RM13,000 kerana terperdaya dengan sindiket Parcel Scam selepas berkenalan dengan seorang lelaki menerusi laman sosial Instagram awal Mei lepas yang memberitah­u akan menghantar barangan berjenama sebagai hadiah sempena ulang tahun kelahirann­ya.

“Akibat terlalu teruja, mangsa terpedaya dengan panggilan yang diterima daripada ejen penghantar­an menyatakan barangan tersebut telah sampai di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA). Mangsa tanpa berfikir panjang terus membuat empat transaksi pemindahan wang berjumlah RM13,000 daripada akaun simpanan miliknya ke akaun bank yang diberikan suspek,” katanya.

Noorzainy berkata pihaknya masih menjalanka­n siasatan lanjut dan kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia