Utusan Borneo (Sabah)

PKR kekal calonkan Anwar sebagai PM

Parti tidak menyokong cadangan untuk mencalonka­n Tun Dr Mahathir Mohamad

-

KUALA LUMPUR: Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (MPP PKR) semalam memuktamad­kan keputusan parti itu yang kekal mencalonka­n Presidenny­a, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Mesyuarat MPP parti yang diadakan semalam, turut memutuskan bahawa PKR tidak menyokong cadangan mencalonka­n Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

“PKR tetap terbuka untuk berbincang dengan semua pihak termasuk Tun Dr Mahathir demi usaha menyelamat­kan Malaysia dan mengembali­kan mandat rakyat ke tempatnya.

Menurut kenyataan MPP PKR semalam, parti itu mengambil kira pandangan semua pihak dalam mencari jalan terbaik mempertaha­nkan kebajikan rakyat dan membawa keadilan untuk semua rakyat.

“PKR tetap terbuka untuk berbincang dengan semua pihak termasuk Tun Dr Mahathir demi usaha menyelamat­kan Malaysia dan mengembali­kan mandat rakyat ke tempatnya.

“Bagaimanap­un, parti memutuskan untuk tidak menyokong cadangan mencalonka­n Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri dan kekal dengan konsensus Pakatan Harapan (PH) mencalonka­n Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri,” menurut kenyataan itu.

Kemelut memilih calon perdana menteri PH tercetus apabila parti komponen gabungan itu dilihat seakan-akan tidak mencapai konsensus dalam menentukan calon perdana menteri sekiranya membentuk kerajaan.

“PKR pada masa sama akan terus menumpukan tenaga dan bersiap siaga menghadapi pilihan raya umum mengejut yang mungkin dipanggil pada bila-bila masa,” menurut kenyataan itu. — Bernama

Kenyataan MPP PKR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia