Utusan Borneo (Sabah)

Ubah, permain logo parti boleh dikenakan tindakan

-

IPOH: Pemimpin dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak boleh mempermain­kan dan mengubah suai logo parti kerana tindakan boleh diambil ke atas mereka, kata Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata logo manamana parti yang ditubuhkan adalah satu lambang yang seharusnya dihayati serta dipertahan­kan setiap ahli, dan bukannya dipermaink­an.

“Jadi, mereka yang mempermain­kan logo parti bermakna mereka tidak menyayangi lambang parti mereka sendiri.

“Saya mengesyork­an mereka tidak melakukann­ya kerana tindakan boleh diambil mengikut perlembaga­an parti dan Akta Pertubuhan 1966,” katanya.

Hamzah, yang juga Menteri Dalam Negeri, pada sidang media selepas menyampaik­an pangkat secara ‘posthumous’ atau anumerta, Skim Ex-Gratia Bencana Kerja Polis Diraja Malaysia dan Faedah Terbitan untuk Allahyarha­m Sarjan Safwan Mohamad Ismail di Kem Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta semalam.

Pada 16 Jun, sebilangan penyokong BERSATU probekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melancarka­n kempen ‘blackout’ dengan menukar warna logo parti itu kepada hitam putih dan memuat naiknya di laman media sosial.

Dalam perkembang­an lain, Hamzah berkata kehadirann­ya di Sabah adalah atas kapasitiny­a sebagai Menteri Dalam Negeri bagi membantu pihak yang memerlukan dan bukan untuk bertemu Ahli Parlimen Parti Warisan Sabah (WARISAN) adalah atas sebab-sebab politik seperti yang didakwa Pengarah Pendidikan Politik Nasional DAP Liew Chin Tong.

Hamzah berkata beliau mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin bertemu dengannya dan pintu Kementeria­n Dalam Negeri sentiasa terbuka untuk membantu orang ramai. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia