Utusan Borneo (Sabah)

Mahkamah: UMNO dan tiga lagi kekal peroleh RM194 juta disita SPRM

-

KUALA LUMPUR: UMNO, Wanita MCA dan dua syarikat lain kekal memperoleh semula wang RM194 juta yang disita Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ini selepas kerajaan gagal dalam permohonan untuk menggantun­g perintah Mahkamah Tinggi sebelum ini yang menolak permohonan untuk melucut hak wang berkenaan yang dikatakan diterima daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Hakim Mohamed Zaini Mazlan menolak permohonan kerajaan itu selepas mendengar hujahan daripada kerajaan selaku pemohon serta empat responden iaitu Umno, Wanita MCA, Perano Sdn Bhd dan Binsabi Sdn Bhd.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Samihah Ghazali dalam hujahannya, berkata pihak pendakwaan memohon supaya wangi tu tidak dilepaskan kepada semua responden sehingga rayuan kes melucut hak itu didengar dan diputuskan Mahkamah Rayuan.

Samihah berkata, ia adalah kerana ia akan habis digunakan oleh responden bagi perbelanja­an pentadbira­n dan kos guaman.

Katanya, mengikut afidavit jawapan responden (UMNO) menyatakan bahawa wang berjumlah RM192 juta akan digunakan untuk operasi pentadbira­n dan ia (responden) memerlukan sumber lain sejak wang itu disita.

“Daripada jumlah itu, wang RM59 juta perlu dilepaskan kepada hutang bagi pembayaran gaji kakitangan, pembekal program UMNO, peruntukan pergerakan sayap dan kegunaan perhubunga­n UMNO negeri.

“Sekiranya jumlah itu dilepaskan, RM59 juta akan terus pergi kepada hutang dari 25 Jun 2018 (tarikh akaun dibekukan) sehingga sekarang ...saya pasti sekarang sudah tahun 2020, jadi kos pasti akan meningkat.

“Sejumlah RM48 juta iaitu 25 peratus daripada harta disita didepositk­an bagi tujuan yuran guaman ...oleh itu, kami tidak akan dapat kembali kepada kedudukan sebelum ia dilepaskan,” katanya.

Peguam Hariharan Tara Singh yang mewakili UMNO pula berhujah bahawa dalam penghakima­n sebelum ini, terdapat bukti yang menyatakan wang itu bukan daripada Najib atau hasil daripada aktiviti haram.

“Pendakwaan tidak mempertika­ikan aset dimiliki UMNO adalah melebihi nilai yang disita dan mereka hanya risau mengenai masa yang akan diambil untuk mencairkan aset bagi mengembali­kan semula wang disita jika ia (pendakwaan) berjaya dalam rayuannya.

“Akaun yang dibekukan hanya bagi kos operasi dan pendakwaan tidak dapat menunjukka­n kami tidak boleh membayar balik kerana muflis.

“Jika Mahkamah Rayuan mendapati wangi tu adalah milik 1MDB, kami boleh memulangka­n semula dan mereka juga boleh meletakkan kaveat ke atas harta itu,” katanya.

Peguam Datuk Ben Chan mewakili pihak Wanita MCA, Perano Sdn Bhd diwakili peguam Habizan Habeeb Rahman manakala Binsabi Sdn Bhd diwakili peguam Muhammad Hasif Hasan.

Ketika ditemui selepas prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abdul Jumaat berkata pihaknya akan menunggu arahan dari Jabatan Peguam Negara berhubung keputusan semalam.

Pada 7 Feb lalu, Mohamed Zaini menolak permohonan kerajaan untuk melucut hak wang RM194 juta yang disita daripada UMNO, Wanita MCA, Binsabi Sdn Bhd dan Perano Sdn Bhd.

Beliau membuat keputusan itu atas alasan wang itu tidak boleh dikatakan dengan yakin diterima daripada Najib dan tiada keterangan yang membuktika­n bahawa wang itu adalah daripada aktiviti haram.

Permohonan perlucutha­kan terhadap U M N O membabitka­n wang RM192,965,413.61 dan RM300,000 bagi Wanita MCA manakala Perano yang menjual hijab dan Bin sabi yang membekalka­n khemah, masing-masing sebanyak RM337,634.78 dan RM827,250 yang didakwa diterima daripada Najib.

Pihak pendakwaan memfailkan­permohonan per lucut h akan terhadap keempat-empat responden mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia