Utusan Borneo (Sabah)

Orang ramai sambut baik kebenaran untuk ibu bapa bawa anak-anak ke tempat awam

- Oleh Abd Naddin Hj Shaiddin

KOTA KINABALU: Orang ramai menyambut baik langkah kerajaan membenarka­n ibu bapa membawa kanakkanak ke tempat awam termasuk pusat beli-belah dan restoran asalkan mereka mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Penduduk Pulau Bait Semporna Ismail Abd Nama ketika dihubungi berkata, kebenaran yang diberikan oleh kerajaan itu amat melegakan dan pasti disambut dengan gembira.

“Sudah terlalu lama anakanak terkurung di dalam rumah dan tidak boleh ke mana-mana. Kelonggara­n yang diberikan oleh kerajaan amatlah dialu-alukan,” katanya kepada Utusan Borneo.

Bagaimanap­un, beliau mengingatk­an ibu bapa supaya sentiasa mematuhi penjagaan kesihatan kerana negara masih berhadapan dengan wabak COVID-19.

Walaupun kes-kes positif COVID-19 memperliha­tkan penurunan tetapi masyarakat tidak boleh leka atau sambil lewa terhadap ancaman wabak yang vaksinnya belum ditemui.

Katanya, walaupun tiada larangan membawa kanakkanak ke tempat awam termasuk beli belah dan restoran, ibu bapa perlu sentiasa berwaspada.

“Kalau boleh elak, tidak perlu bawa anak-anak berjalan-jalan terutamany­a ke kawasan yang sesak seperti membeli belah. Kalau mahu bawa juga,pastikan ibu bapa dan anak-anak mematuhi SOP yang ditetapkan,” katanya.

Kelmarin, Menteri Kanan (Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yakub menasihatk­an agar jika boleh jangan bawa kanak-kanak kerana mereka golongan berisiko tinggi dan ibu bapa perlu menjaga kepentinga­n anak mereka.

Bagaimanap­un, beliau berkata, tiada larangan untuk membawa kanak-kanak ke tempat awam termasuk pusat beli belah dan restoran namun mereka perlu mematuhi penjagaan kesihatan.

 ??  ?? ISMAIL
ISMAIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia