Utusan Borneo (Sabah)

Kes denggi di Ipoh meningkat lebih 200 peratus

-

IPOH: Kes demam denggi di Perak khususnya bandar raya Ipoh semakin membimbang­kan apabila mencatatka­n peningkata­n lebih 200 peratus dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata laporan menunjukka­n bagi tempoh Januari hingga 13 Jun, sebanyak 888 kes direkodkan berbanding 262 kes untuk tempoh sama tahun lepas.

“Peningkata­n itu adalah sebanyak 626 kes atau 238.9 peratus dan satu kematian direkodkan berbanding sifar (kematian) untuk tempoh sama tahun lalu,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di Pasar Awam Buntong di sini, semalam.

Ahmad Saidi berkata bagi tempoh tersebut, sebanyak 93 lokaliti wabak direkodkan dalam kawasan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Beliau berkata, peningkata­n kes denggi yang ketara disebabkan faktor cuaca dan kekangan pihak berwajib khususnya Unit Kawalan Vektor MBI untuk menjalanka­n aktiviti pembersiha­n disebabkan penularan wabak COVID-19.

Ahmad Saidi berkata bermula 10 Jun lepas, semua aktiviti kawalan kembali dilaksanak­an dengan tumpuan seperti pasar awam, taman rekreasi, stesen pengangkut­an awam, pusat pelanconga­n, kompleks pasar raya dan tanah perkuburan.

“Kita berharap orang ramai meluangkan masa sekurang kurangnya 10 minit setiap minggu bagi melakukan aktiviti pembersiha­n dan pemusnahan tempat pembiakan nyamuk aedes.

“Semoga dengan penglibata­n semua pihak secara menyeluruh dapat membantu pihak berkuasa negeri dalam usaha mengurangk­an kes demam denggi khususnya di kawasan pentadbira­n MBI,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia