Utusan Borneo (Sabah)

Maritim tahan kapal dagang bersauh tanpa kebenaran di Bandar Hilir

-

MELAKA: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Melaka dan Negeri Sembilan menahan sebuah kapal dagang yang berdaftar di Liberia kerana bersauh tanpa kebenaran di kedudukan kira-kira 4.8 batu nautika barat daya Bandar Hilir di sini Rabu lepas.

Pengarahny­a, Kapten Maritim Haris Fadzillah Abdullah berkata kapal dagang ‘MT Marquessa’ itu ditahan sekitar jam 4.00 pagi menerusi Ops Benteng setelah gagal mengemukak­an dokumen kebenaran bersauh daripada Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

“Nakhoda dan Ketua Jurutera kapal, masing-masing warga Filipina berusia 56 dan 63 tahun tersebut ditahan dan dibawa ke pejabat Maritim Melaka dan Negeri Sembilan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Kes disiasat mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Ops Benteng bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin diaktifkan sejak Mei di bawah Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF) dengan kerjasama termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementeria­n Kesihatan dan Jabatan Imigresen Malaysia.

Sementara itu, Haris Fadzillah berkata APMM akan terus meningkatk­an operasi penguatkua­saan bagi membantera­s dan menyekat aktiviti jenayah di perairan Melaka dan Negeri Sembilan, justeru, orang ramai diminta agar menyalurka­n sebarang maklumat berkaitan jenayah dan kecemasan di laut.

“Orang awam boleh menghubung­iPusat Operasi Maritim Melaka dan Negeri Sembilan di talian 06-3876730 dan MERS 999 yang beroperasi secara 24 jam jika ternampak sebarang perkara yang mencurigak­an,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia