Utusan Borneo (Sabah)

Ibu bapa perlu jaga SOP anak-anak di pusat beli-belah

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Tindakan kerajaan membenarka­n ibu bapa membawa anak-anak mengunjung­i pusat beli-belah bukan sahaja memberi kelegaan kepada masyarakat, namun ada juga yang kurang bersetuju.

Walaupun perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, namun diakui bukan mudah untuk ibu bapa mengawal anak-anak supaya sentiasa menjaga peraturan yang ditetapkan.

Bagi Amniera Naziera Amran, kebenaran itu sememangny­a menggembir­akan lebihlebih lagi selepas lebih tiga bulan terperap di rumah.

Menurutnya, ibu bapa tidak seharusnya mengambil kesempatan dengan mengabaika­n SOP selepas diberi peluang membawa anak-anak untuk berkunjung ke pusat beli-belah.

“Jika tidak ada keperluan rasanya lebih baik tidak membawa anak-anak, namun anak-anak juga sudah tentu tidak sabar untuk bersiar-siar membuat aktiviti luar.

“Bagi ibu bapa yang sudah biasa dengan rutin membawa anak-anak keluar pada hujung minggu, ini adalah peluang yang baik untuk melepaskan kebosanan duduk di rumah.

“Seperti anak saya sendiri, memang akan menangis kalau terpaksa duduk di kereta sahaja terutama bila keluar beli barang keperluan di pasar raya,” katanya kepada Utusan Borneo di sini semalam.

Beliau berkata, dalam keadaan wabak COVID-19 yang belum pulih sepenuhnya, sebaiknya elak untuk mengunjung­i tempat sesak yang ramai orang.

Katanya, berkunjung di kawasan yang ramai orang agak bahaya terutama untuk anak-anak kecil yang tidak kuat antibodi.

Justeru jelasnya, ibu bapa perlu peka dengan situasi semasa memandangk­an wabak terbabit musuh dalam senyap.

“Saya dan suami membeli barang bergilir-gilir untuk mengelak membawa anak ke tempat sesak dan terdedah dengan risiko jangkitan.

“Ibu bapa juga perlu bijak buat keputusan untuk memastikan keselamata­n anak-anak apabila berada di tempat yang ramai orang,” katanya.

 ??  ?? AMNIERA
AMNIERA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia