Utusan Borneo (Sabah)

22 premis di Simunjan tidak patuhi SOP diberi amaran

Operasi turut menyaksika­n satu notis dikeluarka­n kepada seorang individu kerana kesalahan merokok di tempat makan

- Oleh Jessica Jawing

“Operasi seumpama ini akan diteruskan di seluruh negeri sepanjang tempoh PKPP ini dilaksanak­an dalam usaha untuk ” memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Billy Sujang Ketua Pegawai Kesihatan Persekitar­an Negeri

KUCHING: Sebanyak 22 premis di Pekan Simunjan telah diberi amaran keras kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ketua Pegawai Kesihatan Persekitar­an Negeri Billy Sujang berkata, premis-premis berkenaan tidak menyediaka­n termometer untuk menyukat suhu badan atau tidak menyediaka­n pensanitas­i tangan.

“Sebanyak 51 premis telah diperiksa meliputi 29 kedai peruncitan, 18 tempat makan, tiga kedai gunting rambut atau salun dan satu pasar terbuka Majlis Daerah Simunjan (MDS).

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 22 permis telah diberi amaran keras tidak mematuhi SOP PKPP iaitu tidak menyediaka­n termometer atau ‘thermogun’ untuk menyukat suhu badan atau tidak menyediaka­n pensanitas­i tangan atau pencuci tangan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Billy berkata, operasi bersepadu berkenaan diadakan kelmarin, di bawah pemantauan pematuhan SOP PKPP di Sarawak sejajar dengan sektor ekonomi.

Beliau berkata, selain itu satu satu notis telah dikeluarka­n mengikut Seksyen 32B Akta Makanan 1983 kepada seorang individu kerana kesalahan merokok di tempat makan.

Sementara itu beliau turut berterima kasih kepada pengusaha sektor ekonomi yang turut telah mematuhi SOP berkaitan dan sangat berharap usaha yang baik itu diteruskan.

“Mari kita bersama-sama berusaha untuk melindungi diri kita, keluarga kita, masyarakat kita dan negeri Sarawak amnya dari pandemik COVID-19.

“Operasi seumpama ini akan diteruskan diseluruh negeri sepanjang tempoh PKPP ini dilaksanak­an dalam usaha untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID19,” katanya.

Operasi Bersepadu yang dilakukan itu melibatkan 40 anggota iaitu terdiri daripada 28 anggota penguatkua­sa Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM), tujuh anggota dari Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, 21 anggota dari Pejabat Kesihatan Daerah Simunjan dan masing-masing tiga anggota dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Simunjan, Majlis Daerah Simunjan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA).

 ??  ?? PANTAU: Billy (kanan) bersama anggota penguatkua­saan lain semasa mengadakan pemantauan SOP PKPP di Pekan Simunjan kelmarin.
PANTAU: Billy (kanan) bersama anggota penguatkua­saan lain semasa mengadakan pemantauan SOP PKPP di Pekan Simunjan kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia