Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki cedera dipukul, lima suspek diberkas

-

MIRI: Seramai lima lelaki diberkas polis di tiga lokasi berasingan di bandar raya ini petang kelmarin setelah disyaki terlibat dengan kejadian memukul seorang lelaki pada 17 Jun lepas.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah berkata kesemua suspek berusia dalam lingkungan 21 hingga 33 tahun ditangkap di Kampung Sealine, Lutong dan pusat bandar Miri.

“Tangkapan kelima-lima suspek dibuat sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri di antara jam 6.30 petang hingga 8 malam.

“Tangkapan ke atas suspek dibuat susulan laporan yang dibuat oleh pengadu seorang lelaki berusia 51 tahun yang dipercayai telah dipukul oleh suspek terlibat,” katanya dalam satu kenyataan media di sini semalam.

Terdahulu, menurut Lim berkata kejadian yang menimpa mangsa berlaku kirakira jam 8.20 malam pada 17

Jun lalu di tepi jalan kawasan perumahan Senadin di sini.

“Semasa menunggang motosikal, tiba-tiba mangsa ditahan oleh tiga motosikal seramai lima orang yang mana dua daripada mereka dikenali oleh mangsa.

“Mereka (suspek) dipercayai memukul pengadu menggunaka­n kayu di seluruh badan sehingga pengadu mengalami kecederaan di seluruh badan,” ujarnya.

Lim berkata kejadian itu berlaku semasa pengadu dan seorang kawannya baru pulang dari mencari pucuk paku di Kuala Baram.

“Susulan kejadian itu, pengadu dibawa ke hospital menggunaka­n ambulans dan pengadu dimasukkan ke dalam wad untuk rawatan lanjut memandang pengadu mengalami cedera.

“Pengadu telah dibenarkan keluar daripada hospital semalam (kelmarin),” katanya.

Dalam pada itu, Lim memberitah­u punca kejadian dipercayai suspek terlibat menuduh pengadu bersubahat mencuri motosikal.

Katanya kes ini disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabka­n kecederaan menggunaka­n kayu.

 ??  ?? TANGKAP: Kesemua suspek yang ditangkap dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan selanjutny­a.
TANGKAP: Kesemua suspek yang ditangkap dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan selanjutny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia