Utusan Borneo (Sabah)

Werner tidak sertai RB Leipzig untuk aksi Liga Juara-Juara

-

BERLIN: Timo Werner yang bakal menyertai Chelsea memilih untuk tidak bermain bagi RB Leipzig pada peringkat suku akhir Liga Juara-Juara pada Ogos ini, kata kelab Bundesliga itu kelmarin, walaupun dia tidak layak untuk bermain di Eropah bagi kelab baharunya pada musim ini.

Pada awal kelmarin, Chelsea mengesahka­n pemain antarabang­sa Jerman berusia 24 tahun itu sudah menandatan­gan perjanjian selama lima tahun bermula 1 Julai, yang bermakna dia tidak dapat bermain untuk kelab lamanya Leipzig di Eropah pada Ogos ini.

Werner, yang sudah menjaringk­an 32 gol pada musim ini, akan kekal bersama kelab Jerman itu untuk dua perlawanan liga terakhir mereka sebelum musim Bundesliga berakhir pada 27 Jun.

RB Leipzig, yang tidak pernah mara ke peringkat kalah mati di Eropah, mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara, yang juga bermakna Werner akan membuat penampilan pertamanya pada peringkat itu.

Peringkat suku akhir, yang belum lagi diundi, dijadual diadakan di Lisbon manakala final pada 23 Ogos berlangsun­g di ibu negara Portugal.

Menurut Leipzig, Werner, yang menjaringk­an empat gol dalam lapan perlawanan Liga Juara-Juara pada musim ini, memilih untuk tidak bermain lagi bagi mereka di Eropah.

“Keputusan itu dibuat oleh pihak Werner. Kami terpaksa menerimany­a sedemikian,” dedah pengarah sukan Leipzig, Markus Kroesche.

“Maka itu, ia tidak lagi menjadi isu besar di antara kedua-dua kelab.”

Kelab baharunya Chelsea masih perlu bermain dalam perlawanan kedua peringkat 16 terakhir menentang Bayern Munich selepas ditewaskan 3-0 di tempat sendiri pada pusingan pertama.

Bagaimanap­un Werner tidak layak bermain, kerana dia tidak didaftarka­n untuk Chelsea ketika pusingan kedua sepatutnya berlangsun­g pada Mac lalu sebelum perlawanan ditunda akibat COVID-19.

Yuran perpindaha­n Werner sekitar 60 juta euro (RM300 juta) menjadikan­nya pemain Jerman paling mahal yang ditandatan­gani dari Bundesliga.

Kroesche menjelaska­n Werner menolak peluang untuk bermain pada peringkat suku akhir Liga JuaraJuara supaya dia dapat menyesuaik­an diri dalam kelab baharunya.

“Dia mahu bersiap sedia bagi musim Liga Perdana bersama Chelsea,” jelas Kroesche.

“Dua mahu mengambil masa untuk memasuki persekitar­an baharu.”

 ?? — Gambar AFP ?? PINDAH: Chelsea mengesahka­n Werner sudah menandatan­gani perjanjian selama lima tahun bermula 1 Julai.
— Gambar AFP PINDAH: Chelsea mengesahka­n Werner sudah menandatan­gani perjanjian selama lima tahun bermula 1 Julai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia