Utusan Borneo (Sabah)

Nasib Bremen ‘di hujung tanduk’

-

BERLIN: Gergasi Bundesliga yang bermasalah Werder Bremen ada hanya dua perlawanan sahaja lagi untuk mengelak relegasi, tetapi dapat mengambil langkah yang signifikan untuk terus kekal dalam liga utama di Mainz pada malam ini (Sabtu).

Bayern Munich disahkan sebagai juara Bundesliga untuk musim kelapan berturut-turut pada pertengaha­n minggu ini tetapi perjuangan untuk kekal dalam liga utama masih diteruskan.

Bremen menduduki tempat kedua tercorot dan dalam bahaya kehilangan status mereka sebagai kelab yang paling lama bermain dalam liga utama Jerman.

Mereka duduk satu mata di belakang Fortuna Duesseldor­f, yang menduduki tempat ‘play-off’ relegasi, tetapi enam mata di belakang Mainz yang menduduki tempat ke-15 ekoran kemenangan mengejut mereka di Borussia Dortmund pada Rabu lepas.

Bremen, juara empat kali, sudah bermain dalam Bundesliga setiap musim kecuali satu sejak ia diperkenal­kan pada 1963. Mereka turun ke liga bawah pada 1980, tetapi kembali semula semusim selepas itu.

Bremen melawat Mainz dalam satu daripada sembilan perlawanan pada Sabtu dan melayan kunjungan Cologne pada hari terakhir musim ini pada 27 Jun.

Pemain tengah Werder dari Amerika Syarikat, Josh Sargent, berkata, “Tidak ada orang yang mahu mengecewak­an pasukan mahupun bandar raya ini.” Pasukan tercorot Paderborn sudah disahkan turun ke liga bawah.

Duesseldor­f melayan kunjungan Augsburg pada malam ini dan melawat Union Berlin pada hari terakhir, manakala Mainz dapat menjamin keselamata­n dengan menewaskan Bremen sebelum perlawanan terakhir mereka di Bayer Leverkusen yang memburu Liga Juara-Juara.

Jurulatih Mainz, Achim Beierlorze­r melabel perlawanan itu sebagai “final relegasi”.

Sementara itu Borussia Dortmund yang menduduki tempat kedua mahu bangkit ekoran kekalahan mengejut kepada Mainz pada Rabu lepas di RB Leipzig, yang menduduki tempat ketiga tetapi belum lagi mengesahka­n tempat dalam Liga Juara-Juara.

Penyerang Leipzig, Timo Werner, yang menjaringk­an 32 gol dalam semua pertanding­an pada musim ini, mengesahka­n dia akan berhijrah ke Chelsea bermula 1 Julai, tetapi dapat bermain dalam dua perlawanan terakhir Leipzig dalam Bundesliga untuk kempen sekarang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia