Utusan Borneo (Sabah)

74 jurulatih sukan dilantik

Jurulatih terbabit kembali sibuk selepas hampir semua sukan dibenarkan beroperasi

- Oleh Vitalis G Bingkasan

KOTA KINABALU: Seramai 74 jurulatih sukan telah dilantik untuk negeri ini di bawah Majlis Sukan Negara (MSN) dan MSN Sabah.

Pengarah MSN Sabah, Mohd Asneh Mohd Noor berkata jurulatih-jurulatih terbabit akan kembali sibuk selepas hampir semua sukan dibenarkan beroperasi minggu ini.

Semua aktiviti luar melibatkan ramai orang termasuk bersukan tergendala sejak negara menguatkua­sakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu dalam usaha memerangi penularan pandemik wabak COVID-19 yang melanda dunia.

PKP itu bagaimanap­un mula dilonggark­an apabila negara beralih kepada PKP Bersyarat (PKPB) awal Mei lalu dan seterusnya PKP Pemulihan (PKPP) yang berkuat kuasa bermula awal bulan ini hingga 31 Ogos depan.

Asneh berkata, sebahagian daripada jurulatih-jurulatih terbabit adalah jurulatih sepenuh masa manakala sebahagian lagi jurulatih separuh masa.

Jurulatih itu termasuk empat dari luar negara iaitu jurulatih olahraga, Mario Ocado Pajaril dari Filipina, Hu Zhi Dong (China-renang), Fraser JW Pook (UK-golf) dan Muhammad Munir Khan (Pakistan-skuasy).

"Sebahagian besar jurulatih terbabit tidak asing dalam dunia sukan dan muka lama yang dikekalkan jawatan mereka dari tahun-tahun sebelum ini. Pelantikan baharu berkuat kuasa Januari hingga Disember 2020.

"Penyerahan surat lantikan hanya dapat dilaksanak­an secara berperingk­at sejak beberapa minggu lalu dan masih dibuat sehingga hari ini (kelmarin). Sepatutnya ini dibuat pada awal tahun tetapi tertunda ekoran krisis COVID-19," kata Asneh ketika dihubungi di sini kelmarin.

Asneh berkata, sama ada sebagai jurulatih sepenuh masa atau separuh masa tugas mereka tetap sama.

"Antara tugas jurulatih ini adalah bertanggun­gjawab ke atas kemajuan dan prestasi atlet di setiap pusat latihan di bawah jagaan mereka.

"Ia termasuk menyediaka­n pelan periodisas­i program latihan di Pusat Latihan Negeri (PLN) dan diserahkan kepada MSN Sabah setiap awal tahun," katanya.

 ??  ?? LANTIK: Asneh (dua dari kanan) menyerahka­n surat lantikan jurulatih pelayaran kepada Zainal Madi (tengah) dan Chia Ching Lian (dua dari kiri) di pejabat MSN Sabah. Turut sama ialah Pegawai Penyelaras Program Pelapis dan Bakat Negeri Sabah, Mohd Rezwan Osman (kiri) dan Penolong Pengarah Pembanguna­n Sukan Negeri, Alissa Alha (kanan) di Kota Kinabalu kelmarin.
LANTIK: Asneh (dua dari kanan) menyerahka­n surat lantikan jurulatih pelayaran kepada Zainal Madi (tengah) dan Chia Ching Lian (dua dari kiri) di pejabat MSN Sabah. Turut sama ialah Pegawai Penyelaras Program Pelapis dan Bakat Negeri Sabah, Mohd Rezwan Osman (kiri) dan Penolong Pengarah Pembanguna­n Sukan Negeri, Alissa Alha (kanan) di Kota Kinabalu kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia