Utusan Borneo (Sabah)

Aksi Spurs, Man Utd peluang Mourinho balas dendam

-

LONDON: Pengurus Tottenham Hotspur (Spurs) Jose Mourinho mahu membalas dendam ke atas bekas majikannya, Manchester United (MU), manakala Liverpool mahu melangkah dengan satu kemenangan lagi untuk merangkul kejuaraan apabila kepulangan Liga Perdana Inggeris dirancakka­n lagi oleh aksi hujung minggu selama empat hari.

Liga utama di England merasai buat pertama kali beraksi dalam stadium kosong dan protokol kebersihan yang ketat pada Rabu lepas apabila keputusan seri tanpa jaringan di antara Aston Villa dengan Sheffield United dan kemenangan 3-0 oleh Manchester City ke atas Arsenal menyambung semula kempen.

Walaupun suasana senyap, masih terdapat banyak sebab untuk bermain pada kedua-dua bahagian carta liga dengan perlawanan di antara Spurs dan MU yang ternyata amat penting dalam pertarunga­n untuk kelayakan ke Liga Juara-Juara.

Kedua-duanya duduk di luar kelompok empat pasukan teratas dengan baki sembilan perlawanan lagi.

Bagaimanap­un, kedudukan MU di tempat kelima mungkin sudah cukup bagus untuk kembali ke Liga Juara-Juara jika rayuan Manchester City terhadap penggantun­gan dua musim daripada pertanding­an di Eropah tidak berjaya.

Spurs mungkin terbukti pemenang terbesar daripada sekatan pergerakan selama tiga bulan.

Sebelum sekatan itu, Mourinho

mendakwa dia tidak sabar lagi menunggu musim berakhir selepas kecederaan Harry Kane, Son Heung-min, Moussa Sissoko dan Steven Bergwijn kelihatan seperti sudah menamatkan kempen mereka.

Keempat-empat mereka kini sudah cergas semula dan kemenangan akan menjulang Spurs ke satu mata di belakang kelab yang memecat Mourinho pada Disember 2018.

MU merupakan pasukan yang cemerlang dalam liga sebelum sekatan pergerakan dilaksanak­an.

Pemain Ole Gunnar Solskjaer tidak tewas dalam 11 perlawanan tetapi turut mendapat manfaat daripada sekatan apabila Marcus Rashford dan Paul Pogba kembali daripada kecederaan jangka panjang.

Kemenangan City ke atas Arsenal bermakna Liverpool belum lagi dapat memastikan kejuaraan liga pertama mereka dalam tempoh 30 tahun dalam perlawanan menentang Everton esok (Ahad), sesuatu yang amat melegakan bahagian biru di Merseyside.

Pada bahagian bawah carta liga, Norwich, Villa dan Bournemout­h duduk dalam zon relegasi, tetapi hanya tiga mata sahaja memisahkan Villa, yang menduduki tempat kedua tercorot, dari Brighton di tempat ke-15.

 ??  ?? MOURINHO
MOURINHO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia