Utusan Borneo (Sabah)

Tidak endahkan protes, Brazil sambung musim bola sepak

-

RIO DE JANEIRO: Selepas tertangguh selama tiga bulan disebabkan oleh pandemik COVID-19, sukan bola sepak kembali ke Amerika Selatan kelmarin di Brazil, dengan satu perlawanan kejohanan negeri Rio de Janeiro, walaupun beberapa kelab dan penyokong berpendapa­t ia masih terlalu awal.

Juara Copa Libertador­es Flamengo menewaskan pasukan kerdil Bangu 3-0 di Stadium Maracana yang ikonik, dalam perlawanan tanpa penonton yang berlangsun­g hanya beberapa meter sahaja dari sebuah hospital lapangan yang didirikan untuk merawat pesakit COVID-19.

Datuk Bandar Rio, Marcelo Crivella, yang membenarka­n kejohanan bersambung semula, telah menyatakan Presiden Jair Bolsonaro, pengkritik lantang langkah kuarantin COVID-19, akan menonton perlawanan itu. Tetapi pada akhirnya, pemimpin haluan kanan itu tidak melakukan lawatan seperti yang dijanjikan.

Kejuaraan Rio merupakan pertanding­an bola sepak profesiona­l yang pertama untuk diadakan semula di Amerika Selatan, di mana COVID-19 baharu masih menular dengan berleluasa.

Dengan hampir 48,000 orang yang mati disebabkan oleh virus tersebut setakat ini, Brazil mencatatka­n bilangan kematian kedua tertinggi di dunia, selepas Amerika Syarikat, dan jumlah kes terus meningkat dengan ketara.

Kelab terkemuka di Brazil, termasuk Botafogo dan

Fluminense, telah menentang penyambung­an semula, dengan alasan bahawa ia terlalu awal.

Penyokong dua kelab tersebut, selain Flamengo, Bangu dan lain-lain, menunjuk perasaan di luar stadium sebelum perlawanan, dengan menyatakan pihak berkuasa membahayak­an nyawa.

Suhu badan pemain diperiksa ketika mereka tiba di stadium, manakala pemberita dan jurugambar yang membuat liputan perlawanan terpaksa melalui sebuah terowong disinfeksi.

Perlawanan bermula dengan tafakur selama seminit untuk mangsa COVID-19, termasuk pakar terapi urutan Flamengo sendiri, Jorginho, yang meninggal dunia pada bulan lepas.

Kejuaraan kebangsaan Brazil dijadual bermula pada Mei lalu tetapi digantung sampai bila-bila masa.

 ?? — Gambar AFP ?? STADIUM SURAM: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Kejohanan Carioca 2020 di antara Flamengo dan Bangu yang berlangsun­g di Stadium Maracana, Rio de Janeiro, Brazil.
— Gambar AFP STADIUM SURAM: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Kejohanan Carioca 2020 di antara Flamengo dan Bangu yang berlangsun­g di Stadium Maracana, Rio de Janeiro, Brazil.
 ?? — Gambar AFP ?? RUTIN: Seorang kru padang menyahcema­r bola sebelum bermulanya perlawanan.
— Gambar AFP RUTIN: Seorang kru padang menyahcema­r bola sebelum bermulanya perlawanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia