Utusan Borneo (Sabah)

Masjid mula terima kehadiran ramai jemaah

- Oleh Amir Anuar

KOTA KINABALU: Selepas 10 minggu ‘kuarantin’, kaum muslimin mula hadir beramai-ramai mengerjaka­n Solat Jumaat di masjid berhampira­n tempat tinggal dan lokasi kerja masingmasi­ng sesuai dengan angka dibenarkan.

Trend baharu berkenaan berlaku susulan keputusan Majlis Fatwa Negeri Sabah (MNFS) yang membenarka­n setiap rumah ibadah umat Islam itu boleh dihadiri sehingga tahap maksimum berdasarka­n keluasan dan penjarakan sosial.

Tinjauan Utusan Borneo di sini semalam, mendapati setiap jemaah yang hadir hanya dibenarkan masuk jika memakai pelitup muka serta sudah melepasi proses saringan pemeriksaa­n suhu badan di pintu utama masjid.

Malah, tidak ada kanakkanak dilihat hadir, dan jemaah juga digalak membawa sejadah dari rumah masing-masing berikutan kelengkapa­n solat terbabit termasuk permaidani tidak disediakan oleh pengurusan masjid.

Khutbah yang disampaika­n oleh khatib bertugas ternyata lebih ringkas dan cepat, begitu juga dengan bacaan ayat-ayat suci semasa solat berlangsun­g dan bacaan doa selepas solat dua rakaat terbabit dikerjakan.

Terdahulu, ibadah solat jemaah termasuk Solat Jumaat di masjid dan surau di seluruh negara ditutup sementara waktu semenjak pertengaha­n Mac lepas berikutan penguatkua­saan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sebelum dilonggark­an perlahan-lahan bermula dari pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) atau PKP5 sehinggala­h kelonggara­n lebih besar diberikan pada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Sejajar itu juga, Mufti Kerajaan Negeri Sabah Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar pada 12 Jun lepas berkata kelonggara­n terbaharu diberikan berdasarka­n keputusan Muzakarah Khas MFNS yang diadakan pada hari berkenaan.

Bagaimanap­un, jemaah yang mempunyai gejala demam panas, selesema, sesak nafas dan sakit tekak termasuk menghidap penyakit kronik serta berumur bawah 15 tahun dan warganegar­a asing tidak dibenarkan hadir.

 ??  ?? PERIKSA: Petugas muslimah bertugas di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu memeriksa suhu badan dan daftar nama setiap muslimin yang hadir untuk mengerjaka­n Solat Jumaat.
PERIKSA: Petugas muslimah bertugas di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu memeriksa suhu badan dan daftar nama setiap muslimin yang hadir untuk mengerjaka­n Solat Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia