Utusan Borneo (Sabah)

Ma’mun teguh bersama kepimpinan Presiden WARISAN

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Ahli Parlimen Kalabakan, Ma’mun Sulaiman tidak menafikan ada mendengar dirinya antara wakil rakyat yang cuba dibeli pihak lain untuk melompat parti kerana mempunyai rekod bersih tanpa sebarang kes perlanggar­an undang-undang.

Bagaimanap­un, beliau menegaskan tetap setia bersama kepimpinan Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) yang juga Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal untuk terus memperjuan­g dan membela nasib rakyat.

“Memang ada mendengar cubaan untuk membeli saya kerana selain rekod bersih, saya juga orang baru menjadi wakil rakyat dan beberapa orang sudah datang berjumpa saya bercerita berkaitan lompat parti. Namun saya sedikit pun tidak tergerak untuk berpaling tadah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaik­an bantuan wang tunai dan 200 karton air mineral kepada mangsa kebakaran di penempatan sementara Lorong Hj Sundu, Batu 2 Jalan Apas, di sini semalam.

Menurutnya, gerakan pihak tertentu yang dicanang untuk membeli wakil rakyat tersebut merupakan usaha untuk mengukuhka­n parti kerajaan persekutua­n yang ada sekarang, bagaimanap­un tiada seorang pun pemimpin WARISAN di Sabah yang terpengaru­h.

“Semua wakil rakyat parti WARISAN tetap kukuh dan bersama kepimpinan Ketua Menteri. Kesetiaan kami tidak berbelah bagi serta tiada wujud rasa mahu melompat parti.

“Saya sendiri, sejak pertama krisis politik negara tidak pernah ada niat mahu meninggalk­an parti. Saya hanya fikir agenda membantu rakyat dan tidak terbawa-bawa dengan polimik politik di Persekutua­n,” katanya.

Jelasnya, walaupun pada peringkat Persekutua­n berada di blok pembangkan­g ketika ini, namun semangat kesatuan antara pemimpin perlu terus diperkukuh supaya mempunyai suara yang kuat di Parlimen untuk didengar dan permintaan agenda bantu rakyat dapat ditunaikan.

Dalam pada itu beliau berkata, pemimpin yang berkeingin­an untuk melompat parti perlu bertanya terlebih dahulu kepada pengundi yang telah memberi sokongan kepada mereka ketika Pilihan Raya Umum (PRU) lalu sebelum membuat keputusan.

“Adalah tidak wajar seorang pemimpin yang telah diberi sokongan oleh pengundi melalui parti diwakili ketika PRU berpaling tadah hanya kerana kepentinga­n diri sendiri,” katanya.

Turut berada di lokasi penyampaia­n bantuan tersebut Timbalan Presiden Majlis Perbandara­n Tawau (MPT) Tony Koh.

 ??  ?? LAWAT: Ma’mun melawat mangsa kebakaran yang ditempatka­n di khemah sementara.
LAWAT: Ma’mun melawat mangsa kebakaran yang ditempatka­n di khemah sementara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia