Utusan Borneo (Sabah)

STH hulur sumbangan kepada Pertubuhan Sukarelawa­n Van Jenazah

- Sumbangan Eja

SUKARELAWA­N Tabung Haji (STH) menghulur sumbangan wang tunai kepada Pertubuhan Sukarelawa­n Van Jenazah daerah Lahad Datu baru-baru ini.

Sumbangan disampaika­n oleh Pengerusin­ya Haji Jaafar Alam kepada Pengerusi Pertubuhan Sukarelawa­n Van Jenazah Daerah, Darmawan Haji Asad Palancoi yang juga seorang guru di Sekolah Menengah Sains Lahad Datu.

Majlis penyampaia­n diadakan di sebuah restoran terkemuka di daerah ini dengan dihadiri oleh beberapa ahli-ahli STH sambil menjamu selera di dalam suasana Hari Raya Aidilfitri yang sebilangan besarnya tidak sempat merayakann­ya kerana fenomina COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jaafar dalam ucapan ringkasnya melahirkan penghargaa­n dan terima kasih kepada ahli-ahli STH yang menghulurk­an sumbangan meraka dalam memestikan keterlibat­an sama untuk membantu dan menyumbang kepada tabung Pertubuhan Sukarelawa­n Van Jenazah daerah itu bagi mencapai jumlah untuk membeli sebuah lagi van jenazah.

Sementara itu, Darmawan dalam taklimat ringkasnya memberitah­u bahawa Pertubuhan Sukarelawa­n Van Jenazah daerah ini adalah sebuah pertubuhan berdaftar dan sedia memberikan perkhidmat­an menghantar jenazah secara percuma.

“Kami sedia menghantar di mana sahaja daerah dan tempat dan paling jauh pernah kami hantar ialah kawasan Sapi Nangoh,” katanya.

Beliau berterima kasih kepada STH yang diketuai oleh Haji Jaafar atas sumbangan yang amat dihargai.

“Semoga sumbangan ikhlas ini mendapat keredhaan dari Allah SWT dan kepada sesiapa yang ingin menyumbang amatlah dialu-alukan dan dihargai,” katanya.

 ??  ?? KENANGAN: Hadirin mengabadik­an gambar sekadar untuk kenangan.
DENGAR TAKLIMAT: Suasana majlis ringkas bersama ahli STH mendengar taklimat Darmawan.
SERAH SUMBANGAN: Jaafar sedang menyampaik­an sumbangan kepada Darmawan.
KENANGAN: Hadirin mengabadik­an gambar sekadar untuk kenangan. DENGAR TAKLIMAT: Suasana majlis ringkas bersama ahli STH mendengar taklimat Darmawan. SERAH SUMBANGAN: Jaafar sedang menyampaik­an sumbangan kepada Darmawan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia