Utusan Borneo (Sabah)

Nor Asmah wanita tunggal pembuat wau

-

KUALA PERLIS: Kira-kira 20 tahun lepas, Nor Asmah Daud dari Ipoh, Perak sanggup datang ke Kampung Tok Kaya dekat sini semata-mata ingin mempelajar­i teknik pembuatan wau daripada Adiguru Kraf Wau, Samat Man atau lebih dikenali sebagai Pak Non, seorang yang tidak asing dalam pembuatan wau di negara ini.

Nor Asmah, 45, berkata beliau mengambil masa kirakira setahun mempelajar­i teknik membuat wau sobek iaitu wau tradisiona­l diperbuat daripada kertas, daripada Pak Non yang juga bapa mentuanya dan kini mampu membuat wau sendiri.

“Dalam menghasilk­an wau sobek, pembuat wau perlu mempunyai daya kesabaran yang tinggi kerana bukan mudah untuk menyiapkan ukiran yang boleh mengambil masa sehingga sebulan bergantung kepada saiz dan jenis wau yang ditempah,” katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini.

Ibu kepada tujuh anak itu merupakan satu-satunya pembuat dan pelayang (pemain) wau wanita profesiona­l di negara ini.

Ditanya mengapa begitu berminat dengan wau, Nor Asmah berkata beliau bukan hanya tertarik kepada kehalusan corak ukirannya, tetapi juga ciri-ciri kelembutan yang terdapat pada wau apabila ia terbang ke udara.

“Bila melihat keindahan dan kelembutan wau terbang, ia memberi ketenangan kepada diri dan hati saya terus terpaut dengannya,” katanya yang gemar melayangka­n wau lang dan wau merak.

Nor Asmah yang kini menetap di Kampung Tok Kaya berkata beliau meminati ukiran motif daun kacang dan lada hitam dalam menghasilk­an wau sobek.

Dalam pada itu, beliau berharap lebih ramai kaum wanita berminat untuk mempelajar­i teknik membuat wau memandangk­an warisan tersebut semakin dilupakan oleh generasi muda masa kini.

“Saya bersedia memberi tunjuk ajar kepada wanita agar dapat berkongsi minat yang sama,” katanya yang memasang impian untuk menjadi Adiguru Kraf Wau seperti Pak Non satu hari nanti.

Sementara itu, Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis Ahmad Said berkata pihaknya akan mendaftark­an Nor Asmah dan suaminya Amran Samat sebagai pelapis pembuat wau di negeri ini selain anakanak murid

Pak Non agar warisan ini dapat diteruskan.

 ?? — Gambar Bernama ?? TERTARIK: : Nor Asmah sedang menyobek (mengukir) Wau Helang sebelum dilekatkan pada rangka wau selepas ditempah oleh pelanggann­ya di Kampung Tok Kaya, Kuala Perlis, semalam.
— Gambar Bernama TERTARIK: : Nor Asmah sedang menyobek (mengukir) Wau Helang sebelum dilekatkan pada rangka wau selepas ditempah oleh pelanggann­ya di Kampung Tok Kaya, Kuala Perlis, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? MINAT: Nor Asmah menunjukka­n Wau Helang yang telah siap disobek (diukir) sebelum dilekatkan pada rangka wau selepas ditempah oleh pelanggann­ya.
— Gambar Bernama MINAT: Nor Asmah menunjukka­n Wau Helang yang telah siap disobek (diukir) sebelum dilekatkan pada rangka wau selepas ditempah oleh pelanggann­ya.
 ?? — Gambar Bernama ?? TELITI: Nor Asmah menunjukka­n teknik mengukir Wau Helang yang disobek (diukir) sebelum dilekatkan diatas rangka wau.
— Gambar Bernama TELITI: Nor Asmah menunjukka­n teknik mengukir Wau Helang yang disobek (diukir) sebelum dilekatkan diatas rangka wau.
 ?? — Gambar Bernama ?? LENGKAP: Nor Asmah menunjukka­n peralatan khas untuk disobek (diukir) yang digunakan oleh beliau ketika menyiapkan Wau Helang.
— Gambar Bernama LENGKAP: Nor Asmah menunjukka­n peralatan khas untuk disobek (diukir) yang digunakan oleh beliau ketika menyiapkan Wau Helang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia